Thursday, June 16, 2011

Sabar, musibah, Kehidupan

Lepas puas melunaskan nafsu sarakah terhadap game, gua same dgn bebudak rumah dok lepak kat WARONG 24 jam kat segamat ni. Satu-satunya warong yang open 24 jam. Punye lah payah nak carik tmpat lepak kat segamat ni. Kalau tak de tmpt mmg mekdi je la tempat lepak ktorg. 7e bersepah la kat sini. Tak kan nak lepak 7e? Gila apa? -.-'

Dalam menanti pukol 1.30 pagi gua perkene roti canai sama milo tarik. Pergh.. punya heaven. Maklumlah tak makan seharian. Bebudak ni cakap ade gerhana bulan pagi ni. So, dapat gak la gua menyaksikan gerhana yang cukup menakjubkan. Kadang-kadang tak terfikir dek akal macam mane gerhana ni bole jadi.

"Kuase Allah, jangan dipertikaikan. Nanti syirik..." sound membe gua.

Gua tak heran la membe gua ni cakap macam tu. Dajal2 dia darjah khas pangkat 1. Cis.. Ok. Motif gua sebenarnye bukan nak cite pasal mase lepak gua mahupon pasal gerhana bulan. Tapi gua nak cite pasal sabar.

Dalam mengerjakan setiap sesuatu segalanya berbalik pada perkataan SABAR. Kunci segala kejayaan hanya terletak pada sabar. Zaman sekarang ni gua ingat masing-masing makin lupa pasal ilmu-ilmu ilmiah ni. Depa maen sebat pakai kepala otak depa ja wat keje. Pastu kalau tak menjadi kerjanya mulalah mengeluh. Salahkan itu ini. Gua ade terbaca satu hadith ni menyatakan orang yang mengeluh pastu dia tak bertaubat sebelom mati, Allah akan memotong pakaiannya dari wap api neraka. Tak dapat nak dibayangkan macam mana seksaannya. Sabar mempunyai kedudukan agung dalam islam.
  1. Sabar dalam menjalankan perintah Allah.
  2. Sabar dalam menjauhi larangan Allah.
  3. Sabar dalam menghadapi musibah.
Bila ujian menimpa diri, banyakkanlah bersabar. Maybe pengalaman hidup gua tak lah otai mane. Tapi berdasarkan pemerhatian dan selidikan yang gua survey, sabar banyak mengajar gua erti hidup yang sebenar. Walaupon gua sering kali terlupe, gua akan carik balik ape silap gua. Biar orang lain take advantage kat diri kita. Jangan la kita membalas benda yang sama sebaliknya cubalah bersabar. Allah dah pon menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda pada orang yang bersabar. Redha bukan bererti mengalah. Tapi redha dalam menuju kemanisan iman. Gua tak capai lagi kemanisan iman ni weyh...

Banyak manfaat dalam bersabar ni. Allah menjanjikan ganjaran kepada sesiapa yang bersabar tanpa dihitung. Seronok kan? Keluasan rahmat Allah tidak terjangkau dek akal fikiran. Hanya kita saja perlu berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai darjat tertinggi disisi Allah. Mohon lah pertunjuk dariNya serta keampunan yang tiada noktah.
 
musibah menimpa ucapakan lah
Innaa lilllahi wa innaa ilaihi raa'jiuun


Friday, June 10, 2011

no more

Selepas solat subuh gua teros pergi ke dapor tegok air segelas dua. Terasa dahaga pulok pagi-pagi ni. Bebudak rumah sibok lagi membantai mimpi indah. Cis.. mentang-mentang tak da kelas. Holiday awal sehari. Tapi, gua tak heran mane pon pasal gua syukur sem ni jadual gua tak mengusotkan kepala gua.

Gua berdiri depan laman rumah. Baru gua perasan laman rumah gua ni macam celaka kotornye. Dengan hati redha berbaur PAISEH dengan bebudak rumah gua, sampah-sampah kat laman gua clean up. Dalam bab lain gua pelik bukan main kamcing lagi bebudak ni tapi bab nak gotong-royong time tu la korang tengok macam-macam alasan keluar. Haizz... Tak pa la. Gua sayang membe-membe gua. GUA IKHLAS GENG ((:

Jam kat phone gua menunjukkan pukul 8.24 pagi. Kelas pukul 10 pagi. Berat sungguh hati nak pergi kelas kena pulak dengan bebudak rumah yang tak support membe punya. Inbox message still kosong. Dari semalam gua tunggu someone ni. Gua pikir gua dah boleh stop menunggu. Start fresh today san!!

Laptop kat katil gua capai. Power on sambil sepak-sepak membe gua yang gua tak nampak macam manusia dah. Hoh.. Macam badak air tido. Gua log in fesbuk gua. notification tak kurang hebatnya dari semalam. Tergelak jugak kekadang melayan social network ni. thumbs up to Mark Zuckerberg. Gua belek2 page sorang-sorang membe gua. Macam-macam status dilontarkan. Masing-masing nak luahkan hati masing-masing. Sampai kadang-kadang benda yang tak patot pon diceritakan. Dari biasa menjadi mesra. Mesra itu indah namun kadang-kadang manusia berbeza tafsiran. Tafsiran ini lah membuatkan gua terasa untuk memutuskan sesuatu. Account setting gua click. Cursor gua hala ke deactive account. Lafaz bismillah dengan ini secara langsung gua tutup account fesbuk gua...
Frustrated because i cant tell if it's real. Mad because i dont know how u feel. Upset because we cant make it right. Sad because i need u day and night. Angry because u wont take my hand. Aggravated because u dont understand. Disappointed because we cant be together, but still i'll miss u forever.



Saturday, June 4, 2011

life is unpredictable

Mata tak boleh nak lelap lak. Gua xpaham dengan flow hidup gua skrg. Kadang-kadang semuanya tak kene. Sampai satu tahap gua sanggup tipu diri gua. Haish... Geng-geng tgh serabot start study kat segamat gua still lagi kat JB ni melunaskan nafsu nak enjoy gua. Manusia memang tak kan pernah puas dengan  apa yang mereka dapat.

Setelah 20 tahun gua redah jalan hidup, sekali lagi gua rase gua terkeliru dek perasaan gua yang selalu ingin tahu ni. Bak kate orang diluah mati mak, ditelan mati bapak. ahaha.. Gua bukan nak hipokrit tapi gua tak tahu nak cakap ape. Blog ni jela tempat gua rase tempat paling sesuai untuk gua syok sendiri.. Jiwa kelakian gua ni skali lagi tergugah kali kedua. Kenapa kau hadir? pergilah kau perasaan pemusnah hidup!

Jiwa celaru memikirkan masalah study. Boleh ke gua teroskan hidup ni? haish.. kadang-kadang bukan masalah yang sengaja datang tapi gua yang selalunya mencari masalah. Bukan nak salahkan takdir. Gua tak nak jadi insan tak bersyukur. Kebas hati ni bila terkenangkan apa yang telah berlalu. Wahai maha Pencipta..Kau terangilah jiwa insanMu yang selalu gelap ini!

Selang seminit kau melintas jauh disudut hatiku. Walaupun kedudukan kau agak terpinggir namun tak kurang hebatnya mengusik naluri ku yang selama ni dibelenggu dengan pelbagai cobaan hidop. Kenapa perlu kau hadir wahai pelayar jiwa? Kau biarkan aku tersadai setelah kau bawaku berlayar sehinggakan aku terlupa apa yang aku telah miliki. Maafkan aku wahai pemilik jiwa.. 

Gua try bangkit dengan sedikit bisikan positif. Malam ni jadi saksi pertemuan kita. Gua harap dengan keputusan gua tak bermakna gua akan tersadai selamanya. Terima Kasih Cahaya Lanjut Usia... Kerana hadirnya kau memberikan aku sedikit kekuatan dalam menilai erti kehidupan..