Saturday, March 26, 2011

Steady=ME :D

Hujung minggu ni gua decide nak lepak kat rumah sewa. Bebudak kat rumah tu dah sibok tanye bila nak datang. Entah ape istimewanye gua ni gua pon xtau la. Jumaat malam after test gua teros follow budak rumah gua. Diorang boleh pulak dok meleceh nak makan kat blok i. Tapi gua steady. Gua dah tak kesah diorang bikin gua punye ati panas sesuka hati diorang. Bak kate pepatah Alah bisa tegal biasa. Cewah..

Lepas makan gua sama bebudak ni teros balik rumah. Lame jugak gua tak mengunjung rumah ni. Dah lain skit. Lain kedudukan motor gua. Gua suspek bebudak ni guna motor gua time gua berhijrah. Takpa. Gua xkesah. Asal motor gua serupa motor lagi ok la. Jgn sampai gua pon x kenal motor gua sudah la. Gua masok rumah gua teros capai remote tb. Gua tekan channel tv3. Cerita Narnia. Layan gak cite ni. Gua punya la kempunan x dpat tgk tb jumpa tb dah macam jumpe emas. haha. Malam ni gua set tilam kat ruang tamu. Gua tak nak jadi tetamu derhaka. Gua beralah. Lagi pon gua dah biasa jadi pelarian ni.

Tak lame lepas cite Narnia ni abes, gua ditinggalkan sorang2 kat ruang tamu ni. Owner rumah ade bilik masing2. Gua ni just menumpang je. Bile sorang2 ni la paling bahaye. Banyak bende yang suka sgt datang menganggu time2 camni. Antaranye: 
  • Teringat kat masalah-masalah yang tak selesai-selesai lagi.
  • Mestilah lapar. Macam-macam terbayang time-time ni especially masakan mak.
  • Terasa memerlukan seorang teman. erkk..
  • Teringat kat orang yang tersayang. Lagi-lagi time berjaohan ni. Lagi lah tak senang tido.
Tapi skali lagi gua mention k, gua tetap steady. haha, Gua guling kiri, gua guling kanan. Tetap jugak sama. Kesteadyan gua dah makin tergugat. Gua try fikir something yang indah. Tibe-tibe gua teringat kat paper MGT yang gua tak dapat jawab tadi. Indahnye!

Satu persatu wajah-wajah penting membelai malam gua ni. Mesti diorang rindu gua sebab tu diorang lintas kat depan gua. erkk.. perasan ka gua ni? Takpa la. Gua tak heran. Yang penting gua nak diorang tau gua dah try untuk ada bersama diorang. Kalau boleh everytime. Tapi, gua terpaksa akur dengan halangan-halangan yang memisahkan gua dengan diorang. Sungguh dramatis di situ. Entah la. Kadang-kadang gua rase hampa, kecewa, dan segala sifat mazmumah menghantui jiwa gua ni. Tapi, buat kali terakhir gua mention. Gua tetap steady.. HAK HAK HAK..

Saturday, March 19, 2011

Fill in the BLANK

Rini gua malas nak bebual rancak. Gua just nak share lagu kat bawah ni je. Entah nape gua terase nak share lagu ni. Ape best pon aku tak tau la. Lirik di sediakan dalam video. So, korang bley la nak karok skali.  Lagu Muhasabah cinta oleh Edcoustic. Thanks kepada cik kero farhana. Actually dengar lagu ni dari blog die..Kih kih..layan~~

Thursday, March 17, 2011

incomplete

Tet tet! tet tet!

Gua sedar dari mimpi. Fon kat tepi bantal aku capai. Damn! Pukol 10.02 pagi. Gua terlajak lagi hari ni. Button hijau kat fon gua tekan.

"Aku nak duduk sebelah kau hari ni!"

Apa gila membe aku ni tibe2 nak dtg kelas web hari ni. Biasanya kelas pagi2 ni mmg dok sah cakap lah. Mmg tak pergi la jawabnya. Tapi tak pe. Dia lah penyelamat aku. Gua bergegas mandi ala kadar. Tapi cukup bersih la bukan mandi kerbau ok. Siap semua gua capai beg teros blah dari bilik. Bilik PUAKA!

Sampai kat kelas Cik Huda teros pas attandance kat gua. Macam tau2 je. Cik Huda ni pensyarah subjek web ni. Gua teros riki line carik table kosong. Cis.. tak da satu pon slot. Gua nampak membe gua yg mesej gua tadi dah berpaling tadah. Dah dapat partner teros buat line clear. Macam tak kenal aku langsung. Gua lalu sebelah dia sambil buat muka tak puas hati. Mmg gua tak pernah puas hati dengan membe gua sorang ni. Ada je yang tak kene. Last2 gua decide duduk sebelah classmate gua yang gua tak berapa nak rapat sangat. Dia ni line2 belajar punya budak. So, dari awal kelas sampai lah ke akhir gua jadi pelajar berstatus PELAJAR. Gua di bahan sampai habis kelas. Cis~

Kelas tamat gua teros fikir nak beli makanan. Lapar dah ni. Line2 12.00 tghari lah katekan. Perot mmg selera badak time2 ni. Tapi gua selak purse gua ada 2 ringgit je. Gua decide gua makan malam je la.....

Kaki gua melangkah pantas untuk sampai ke bilik. Dengan niat nak landing atas katel sama layan lagu Backstreet Boys. Sampai depan kolej macam biase lah rutin harian gua. Bilik gua tingkat 3. Gua tarik nafas panjang. Gua mulakan larian kencang menaiki tangge satu persatu. Rekod terbaik time awal2 dulu aku pernah buat sampai kat tingkat 3 dalam masa 35 saat. Gila lembab~~

Dengan keaadaan termengah2. Gua tengok jam. 28 saat? wah...gua dah makin kurus. Kih kih. Sampai depan pintu bilik gua selok poket nak amik kunci. SHIT!! kunci gua mana hilang? Gua rasa gua tertinggal kat atas katel time kelam kabut nak pergi kelas tadi. Gua tersandar depan pintu mengenang nasib. Tapi gua tak salahkan takdir. Silap gua~~

Sunday, March 6, 2011

insomnia

Jam dekat fon gua amati sebaik mungkin. Pukol 5.25 pagi?? apa kes gua ley insomnia ni?? abis satu katel gua kerjakan. Kiri, kanan, tonggeng, lipat, tiarap, bersila hampir smua style la gua praktikkan tp tetap gak gua tak boleh nak pejam kan mata gua yang dah habis kuyu smacam dari td ni. Niat sudah pon gua tanam. List mimpi pon gua dah susun baik. Apa lagi tah yg gua rasa tak kena. Maybe doa tido gua salah. Cuba check..

"Allahumma bismika amutu waahya'..."

Haishh.. gua tak banyak pikir lagi gua decide untk on laptop. Nak tgk movie? Habis khatam movie dlm laptop ni aku telaah. Nak maen game? Gua tak tau game ape lagi yang gua tak main dalam laptop ni. Gua rasa solitare kot. Lastly, gua pilih untk hupdate blog ni untuk luahkan insomnia gua ni....

Errr.. gua rasa gua dah abis try cari idea untuk tulis something ni. Idea malu malu nak sampai time time camni. haizzzzzzzzz....

*2 minit selepas perahan otak...

Gua dah nekad. Ni keputusan gua. Kopiah sama kain pelekat dah lambai lambai kat gua. Gua rasa destinasi gua Masjid As syakirin... selamat bersolat subuh dan gudnite..

Saturday, March 5, 2011

ruMahku~

Bebudak bilik aku masing masing sibok packing barang nak blek rumah. Gua sorang je yang steady dok kat ats kerusi sambil kunyah biskot jacob memerhatikan si homesick-homesick ni. Agak jeles jugak la sebab tak dapat balik rumah. Hampir sebulan jugak rasenye aku kat kolej ni. Ape kan daya, test sama assingment berlambak nak kene setelkan. 


"Kirim salam orang kat rumah." gua memecah kesunyian.


"Ok2, kau jangan rindu ktorg sgt tau san." sindir Im budak part 2 bilik gua.


Cis... ingt gua despret sgt ke. Gua tau la gua bakal single dalam bilik ni. Gua survey gak satu bilik ni. Malam ni gua tidor sorang ka?? Gua dah pikir nak cabut g rumah sewa membe gua kat bunga raya. Tapi lepas gua consider macam-macam benda gua decide gua tidor je la sorang kat bilik ni daripada jadi setan kat rumah sewa tu..


"Korang jgn lupe bawak ole-ole blek nanti. Sorang paling bangsat pon burger mekdi." seru gua dengan riak muka yang slumber tanpa rase gentar.


"Bukan burger mekdi ktorg bawak, akak mekdi pon ktorg bley payong san..." nganjing Im lagi.


Bilik gua ade 4 org smuanya termasok gua. Yang paling byk bunyik Im la pasai dia lah senior selepas gua dalam bilik ni. So, gua tak heran kalau disindir macam tu skali. Tapi angin gua tak tentu jugak. Ade skali abes satu bilik gua tengking pasai depa smua tak hormat gua nak solat. Ada ka patut depa dah perasan gua dah kacak pakai kopiah sama bentang sejadah depa bley dok bantai maen gitar sama borak-borak tak ingat akhirat punya. Tapi angin gua kejap je. Gua tak bley panas sangat nanti gua nangis.. Cis.. jiwa tisu rupanya...


"Cukop! sebelum aku nangis lebih baek korang blahh sekarang!" tempik gua dengan suara tersangkut-sangkut.

Zup! tinggal gua sorang dalam bilik ni. Mmg dasar tak sayang aku diorg ni. Biarlah.. diorang bukan pergi mana pon. Jumpa mak ayah diorang. Gua pikir blek bila gua nak blek ni. Kalendar kat fon gua survey tarikh-tarikh penting. Gua abes congak 2 minggu lagi gua jejak kaki kat rumah. Mau ciom kaki mak ayah.. rindu..~~   


Hampir sehari jugak fon gua tak berdering. Bateri abes ka hapa? Tiba-tiba hati gua terniat untuk check inbox message. Mana dia cinta hati gua?  hurmm......

Friday, March 4, 2011

tragedi 4 februari

Gua rase hari ini hari 'sun' gua. Sampai depan pintu kelas gua start perasan yang gua orang pertama sampai. Gua teros amik port blkg. Ala ala brader la org cakap. Actually, gua sebenarnya repeat subjek linear algebra ni. Gua bangga jadi student repeater. haha. Bagi student repeater mcm gua ni tak bagos duduk depan ni. Niat gua bukan ape just nak bagi la first timer ni duduk depan supaye diorg tak lah menyesal klau senasib macam gua ni. Selang 3 minit mmbe seangkat repeat gua pon sampai. Masok2 die teros parking dok sebelah meja gua.


"Awal kau sampai. Mimpi test A ke ape?" 
  Celaka.
Gua tenung lama mata membe gua.
"Semalam gua jumpa puan. Puan nak buat kuis rini."


"o0whhh." balas membe gua. 


5 minit kemudian penuh la kelas. Bagosnye pasal dak2 kelas ni pasal diorg ni tak suka ponteng. Paling bangsat pon datang lambat. Orang cakap budak type-type ni la yang akan jadi follower aku. Betol ka? 


Kelas di mulakan dengan doa penerang hati yang biasanya dibaca oleh ketua kelas. After that, kelas pon bermula.


"Ok, hari ni saya nak buat kuis chapter 4. Keluarkan sehelai kertas, salin soalan kat depan ni dan jawab. Tamat kelas sila hantar."  terang lecturer gua.


Gua senyum nipis. Membe gua dah dok tersipu-sipu kat sebelah gua. Gua tau la ape mamat ni nak. Tak mintak jawapan mesti nak pinjam pen. Cis.. tak pernah nak 'update'. 


Sesi menjawab pon bermula. Masing-masing dah macam nak jawab final paper dah. Senyap sunyi satu kelas. Yang dengar hanye bunyi kipas berpusing sama bunyi aircond. Sikit punya slow  bunyi aircond ni. Dah berapa lama tak servis ni.  Gua macam biasa la. Slow slow gua tenung soalan ni ala ala cool gitu gua cuba perah abes mungkin kali ni. Maklumlah dah prepare. Padahal kuis je kot. Pedulik lah!


"Psitt." 


Tibe tibe telinga gua dengar satu yang agak biasa didengar. Gua dah agak mesti bunyi ni dtg dari mmbe gua.


"Mende?" balas gua dengan kepala mendongak skit.


"Payong lah sikit. Gua zero ni." jelas membe gua.


Gua dengan hati mulia jawab.

"Abis kelas nanti gua bagi jawapan. Ok?" bila masa aku ni skema jawapan bisik hati gua.


Membe gua tertunduk hampa. Dia dah tau nasib dia macam biasa la. Survive sendiri la jawabnya. Gua teros sambung jawab soalan. All out lah orang cakap.


*********


"Ok, masa dah tamat. Hantar ke depan jawapan kamu."


Zup! gua abiskan congakkan gua. Gua bajet bajet ok la ape yang gua jawab ni. Gua tak aspect  pon betol semua. Masing masing hantar kertas dengan pelbagai keadaan. Bagi membe gua seperti biasa lah dia copy jawapan gua. Tapi yang cerdik pasal mamat ni dia copy bukan sorang saja. Die pi amek lain lain orang punya jawapan kasi x sama. Nampak macam buat sendiri. Brengset.. Gua doakan la lu lepas subjek ni sem ni, Amin..


tiba tiba lecterur gua berbunyi..
"HUrmm ok, saya dah tengok jawapan kamu semua. Semua ok. Masing masing dapat jawab dengan baik." 


Masing masing dalam kelas menzahirkan muka lega. Paling steady mmbe aku la. Kalau lah kau ni musuh aku dah lame aku ong bak kepala kau. huh..


"Tapi berdasarkan sinopsis saya, saya rase sorang je yang saya perasan dapat full mark." sambung lecturer gua.


"Sape puan? sape puan? " hampir serentak satu kelas bertanya.


Gua dah ready nak melompat ni. Gua bajet bajet nama gua yang akan ke udara.


"***** bin *****. Ok, class dismiss." lecturer gua menamatkan kelas.


Gua tak silap tu nama membe gua. Tiba tiba mata gua berkaca. Tersemat satu dendam dalam hati gua. Gua toleh membe gua dengan seribu kerutan di muka. Membe gua senyum sinis. Tambah menyakitkan hati bila dia meriak riakkan diri. Gua datang kat die gua cakap tahniah gua teros keluar kelas.


p/s: gua rase gua nak tiru jelah time kuis nanti. grrr...



Wednesday, March 2, 2011

Kekalutan

Gelisah tak tentu arah hari ini entah tak tau kenapa sebabnye. Kelas database tadi dah la ape-ape tah je yang di dengar. Bile pensyarah tanye paham ke? Smua membedal cakap "paahaaaamm". Mane tak nye smua nak balik awal. Perot masing-masing udah lapar. Siap ade yang tertidor-tidor lagi dalam kelas. Tu bukan masalah lapar kot. Maybe lewat tidor sebab gadoh dengan pakwe makwe sampai lewat malam. Lepas abes kelas aku teros memecutkan kaki aku untuk berlari sekencang mungkin ke blok i untuk membeli makanan. Maklumlah pagi tadi tak sempat sarapan. Bangun pon lambat. Menu hari ni macam biase la masak lemak mesti ade tambah lah skit dengan paru 4 5 ketol. Sampai bilik aku lempar beg kat atas katil teros menyantap makanan dengan nikmatnye. Pastu ni lah keje aku dah kenyang ngadap laptop teringin lak nak menguptade. Actually, tadi after database kelas ade membe aku (identiti dirahsiakan) dok ngadu kat aku pasal boy dia len macam kebelakangan ni. 
Aku pon tanya "la pasai pa?." Dia cakap "boy aku macam lari-lari dari aku la." Aku tanya la "Ekau ade wat apa-apa salah ka?" Dia jawab "Entah lah, aku buat macam biasa saja. Cuma boy aku busy skit dengan kerja lately ni (boy dia dah kerja k)." Aku pon cakap "La mmg la mcm tu. Laki kau busy kerja bukannya dok carik betina lain.  Kau kena paham la situasi dia. Bagi dia masa ka. Buat apa kalau bercinta kalau tak percaya. Betol x?." jawab dia "hurmm..menci la macam ni. Asyik aku je nak kene paham dia, bila masa dia nak paham aku." Aku cakap la "Dah2, hang dok usah kalut-kalut smacam, hang p makan dulu mandi solat pastu hang doa banyak2 boy hang x  buat palat dengan hang. Senang cita." Perbualan pon berakhir kat situ.

Hah! kat sini aku nak buat conclusion tentang beberapa perkara:

  • Kepercayaan penting dalam apa-apa saja hubungan (bukan dalam bercita saja k).
  • Beralah adalah cara penyelesaian yang terbaik yang pernah aku try (certain things je k).
  • Usaha untuk memberikan yang terbaik walaupun tak selalu kita dapat yang terbaik.
Kalau nak diikutkan hati mmg banyak lagi nak di taip. Tapi kesuntukan masa pulak. So, pada u all yang sedang bercinta kat luar sana, hang pandai2 la survive ya. Jangan dok time bahagia lupa dunia, time derita baru nak ingat segalanya.

p/s: Malam ni test algebra. tak ready lagi ni. hukhukhuk..

Tuesday, March 1, 2011

why So Serious?

Cukup aku tak paham dengan perangai student2 zaman sekarang ni, sikit2 ade je masalah yang timbul. Tak puas ati dengan membe la, kene buli dengan senior lah, kutuk sane kutuk sini lah. Ape tak cukup kasih sayang ka mereka smua ni? Ades. Ntah ape la diorang ni pikirkan sebenarnye aku pon tak tau. Kekadang aku pon naik menyampah dengan isu-isu yang xpernah nk abes ni. Kalau lah aku ade kuase macam ultraman tu , nak aje aku habiskan manusia-manusia perosak ni. hoh! Baru-baru ni budak bilik aku ngadu kat aku kene buli dgn budak part atas. Kene joget macam wonder girls utk persembahan partu wing. Wadafak? haha. Aku naik heran la dengan senior zaman skrg ni. Idea diorg nak tarik bebudak junior ni tak berkembang langsung. Tu smua old school kay. Kalau ye pon nak buat party wing buat lah elok-elok. Persembahan menyanyi ke, main gitar ke, tadarus ataupon berzanji. ok what? At least ade nampak la pendekatan diorag tu kearah positif. Alasan senior-senior ni smua same. "gua dulu lagi terok kene dari lu smua tau tak". so what? nak bagi fair n lovely ke? ni lah dia manusia. Tak pernah nak tgk org lain senang. Aku ni pon senior jugak. Tapi entah lah aku mmg x amik port pasal wing-wing ni. Yang aku tau diorg x kacau aku and aku idop senang.  Diorg mintak aku bagi, diorg lebih aku kaki. Cukup mudah. Simple. Ade sampai maki-maki belakang lak tu. Aku cukup panas bile org cakap blkg ni. Walaupon bukan aku mangse makian tu bukan aku tapi aku mang x ske. Tak nak la macam ni. Gua study kat uitm ni pon sebab gua pikir smua student melayu. So, melayu same melayu patut senang lagi la nak paham. Nak di bandingkan dengan student U lain. Macam macam jenis kaum diorg ade. Somalia, Jakarta, Nigeria smua berkaler-kaler punye type. Lagi susah nak paham diorang punye pahaman. Tah la. Aku pon kekadang malas nak banyak bunyik. Kalau aku bnyk bunyik la salah bunyik lain lak jadi kan? So, bebudak bilik aku pon dah setel masalah dengan senior diorg and aku pon dah dengar smua permasalahan diorg. Everything pon dah setel dengan jayenye. Gua dah bagi-bagi kasih sayang kalau tak cukup jugak mmg x kenang budi orang cakap!

p/s : Ape kejadah setel problem malam2? Esok ade kelas! Fak!