Thursday, September 8, 2011

Cerita Lame

“Ya Allah, kenapa dia buat aku macam ini” rintih hati Irfan Iman. Irfan memandang orang-orang sekeliling di café. Dia cuba untuk menahan sebak dan air mata. Dengan langkah yang longlai, Irfan beredar dari café. Masih terbayang-bayang titipan manis Dayu buat seorang jejaka dalam laman Facebook.
Nur Hidayu Amir, gadis yang berjaya menawan hati Irfan sejak sekolah menengah. Walaupun cinta mereka cinta jarak jauh, tetapi telefon awam menjadi penghubung kasih selama Irfan di asrama dahulu. Wang syiling yang dikumpul hasil berjimat cermat duit poket diguna. Walau seminggu 10 minit sudah berbaloi bagi Irfan untuk mendengar suara kekasih hatinya.
Irfan duduk berseorangan di gerai mamak berhampiran rumahnya. Fikirannya amat runsing. Dia cuba menghubungi Dayu untuk mendapatkan kepastian tetapi hampa. Panggilannya tidak dijawab. Berderai air mata Irfan mengenangkan perbuatan Dayu.
“Alamak, gua kena amek Nizam balik kerja”, Irfan mengesat air mata yang tadi tidak henti-henti berderai dan berjalan menuju ke motosikalnya. Menggelabah dia menunggang motosikalnya sehingga tiba di tempat kerja NIzam.
“Irfan, napa wa tengok mata lu bengkak je ni?” tanya Nizam,kawan rapat Irfan sejak sekolah rendah lagi.
“Tak de hal la der,mata wa ni mang macam ni,stim lebih”Irfan berseloroh menyembunyikan kesedihannya. Irfan teros memacu laju motosikalnya ke rumah Nizam. Setibanya di rumah Nizam.
“Der,boleh wa cakap skit tak?” tanya Nizam dengan berhati-hati.
“Eh,tanya la der,lu ni malu-malu plak pahal?”jawb Irfan tersenyom plastik.
“Dari tadi wa tengok lu cam ade prob je der..cita la kat membe”kata Nizam pada Irfan.
Tiba-tiba riak wajah Irfan berubah. “Emm, masalah yang tak tau kepastian lagi..nak story pon tak tau ujung pangkal lagi..tapi ni bab ati la der,sogan la nak story..”seloroh Irfan sambil menutup egonya. 
“Yelah der,,wa xnak pakse lu beb,,tapi kalau lu nak luah pape lu cari la wa k..kte da macam adik beradik der.”pinta Nizam sambil bersalaman dengan Irfan. Irfan terkedu seketika mendengar kata-kata sahabatnya. Irfan pon memacu laju motosikalnya menuju ke rumah. 
Irfan duduk bersendirian di dalam bilik. Mengenang nasib yang dialaminya. Berkali-kali panggilan di buat tetapi gagal dihubungi. Satu persatu mesej Dayu dibaca kembali. Berkerut dahinya menahan sebak didada.
“Kenapa kau sanggup lakukan ini padaku?”getus hati sayu Irfan terkenang apa yang telah dilakukan Dayu padanya. Terkenang waktu mereka bersama. Pahit manis diharungi tanpa rasa gentar. Selepas Irfan bertemu dengan Dayu, segalanya berubah dengan sekelip mata. Dahulunya Irfan seorang yang egois, pentingkan nafsu daripada segalanya. Terkenang saat-saat indah bersama.
“Awak nak tau smthng tak Irfan?” tanya Dayu pada Irfan. “Ermm,apa dia?” balas Irfan terpinga-pinga. “Owg da mula sayangkan awk” jawab Dayu tanpa rasa ragu-ragu. Irfan terkedu mendengar luahan hati gadis yang selama ini selalu bersamanya. Irfan hanya mampu tersenyum menyembunyikan isi hatinya.
Irfan tidak dapat menahan sebak didada. Dia menangis sehendak-hendaknya. Baginya kenangan bersama Dayu tidak mungkin dilupakan. Setiap detik bersamanya tersimpul satu perasaan yang tidak mungkin dapat dielak oleh setiap manusia iaitu perasaan sayang. 
‘’Nangis lah Irfan, nangis lah sepuas-puasnya”terngiyang-ngiyang suara arwah Zarul,rakan karibnya. Dahulunya mereka bertiga. Setelah pemergian arwah, tinggalah Nizam bersamanya meneruskan cita-cita.
”Sesungguhnya kesedihan amat perit untuk ditelan,namun kita sebagai manusia kene kuat teruskan hidup Fan” nasihat arwah pada Irfan. Arwah berfikiran lebih matang berbanding Nizam yang sedikit dingin perwatakannya. Sebelum pemergian arwah, dia berpesan agar tidak tunduk pada cinta yang fana. Cintailah yang maha Pencipta kerana cinta itulah cinta yang kekal abadi. 
Air mata yang berderai sudah hampir kering dicurahkan. Bagi seorang manusia,perasaan sedih adalah satu perasaan yang sukar untuk dirasai. Irfan bertekad untuk menemui Dayu esok hari untuk meminta kepastian.
Pagi yang hening amat indah jika dimulakan dengan senyuman. Irfan mulakan solat Subuh dan seperti biasa dia akan menghantar Nizam ke tempat kerjanya.
“Morning dreamer!!” gurau Nizam menceriakan keadaan.”Lincah la,t lambat lu bising plak”tegas Irfan.
Irfan berdiam diri semasa memboncengkan Nizam. Biasanya dia akan berbual-bual. Tapi hari ini Irfan memilih jalan dingin.
“Thanks der!”ucap Nizam pada Irfan. Irfan hanya sekadar membalas senyuman. Sebelum beredar Nizam menyentuh bahu Irfan.
“Der, jangan sebab perempuan lu nak down der,ingt tu der…” nasihat Nizam pada Irfan. “Dah2,g masok kerja..t bos kau belasah kau baru tau”. Nizam pon mulakan langkah ke tempat kerjanya dengan satu keluhan. Nizam hanya bekerja sebagai cleaner. Cukup sekadar untuk membiayai dirinya sendiri.
“Apa yang aku dah lakukan ini?” satu persoalan timbul setelah Nizam beredar. Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalm diri. Namun baginya hari ini adalah hari untuk dia merungkai segalanya. Dia bercadang untuk pergi ke rumah Dayu dan menunggunya pulang kerja. Setibanya di rumah Dayu dia menunggu sambil mendengar lagu dari telefon tangannya. Lagu ‘Istimewa’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Indigo dipilihnya.








Walau kukembara sedunia…..
Walau ketemu ramai wanita…
Nyata kau tiada tandingannya…
Seikhlas hati aku menyinta…
Kau teristimewa..


Irfan mengamati bait-bait lagu yang pernah dikirimkan Dayu melalui Voice SMS sewaktu dia berada di asram dahulu. Lagu yang membuktikan bahawa Dayu akan setia walau di mana dia berada. Tapi semuanya palsu belaka, janji insan yang pandai berkata-kata. 
Setelah sejam menunggu, kelihatan sebuah teksi berhenti di hadapan rumah Dayu. Seperti yang ditunggu,Day upon keluar dari teksi itu.
“Dayu,tunggu jap!”jerit Irfan.
“Assalamualaikum Fan, owg mintak maaf pasal wat Fan macam ni” jawab Dayu menggelabah.
“Huuu…” Irfan tak mampu berkata-kata,air matanya tumpah ke pipinya.
“Ayu, napa Ayu wat Fan macam ni? Apa salah Fan kat Ayu sampai Ayu sanggup duakan Fan?” terkesima Dayu mendengar soalan yang muncul dari mulut Irfan.
“Ermm..” kelu lidah Dayu untuk berkata-kata. Rahsia yang selama ini dia simpan akhirnya terbongkar oleh Irfan sendiri. Dia cuba mencari jawapan untuk mengelak.
“Fan tau mana ni, Ayu duakan Fan ngan sapa plak?...isk, sapa plak wat story ni” bohong Ayu.
“MasyaAllah, cukuplah la Ayu..Fan bukan buta teknologi..apa yang Ayu komen kat Facebook Fazli tu..please Ayu, terus terang lah..Fan nak kepastian..” agak tinggi nada suara Irfan sehingga mengejutkan Dayu.


“Irfan, Ayu mintak maaf…Ayu bohong Fan sebab Ayu tak nak kecewakan Fan..Sebenarnya dah 4 bulan Ayu bercinta ngan Fazli..Ayu mintak maaf sangat-sangat” Dayu berkata dengan nada penuh rasa bersalah.
“4 bulan Ayu bohong Fan??..selama ni Fan ingat Ayu kawan ja ngan Fazli tu..Fan tak pernah halang Ayu kawan dengan sesiapa pon, tapi napa Ayu salah guna kepercayaan Fan” luah Irfan yang hanya mampu melinangkan air mata.
“Sudah la Ayu, Ayu piker la elok-elok..apa makna Fan dalam hidup Ayu selama ni..Assalamualaikum” Irfan terus beredar tanpa menoleh kebelakang lagi.


Fazli Zainal, jejaka tempat kerja Dayu yang Irfan lihat gambarnya dari laman Facebook Dayu. Irfan terima apabila Naim perkenalkan Fazli sebagai rakan sekerjanya. Irfan tidak menyangka jejaka yang dia geruni selama ini benar-benar merampas cintanya. Irfan sedar kekurangan dirinya. Irfan hanya jejaka kampong biasa, berkulit sawo matang dan berpewatakan sederhana. Berbeza dirinya dengan Fazli yang jauh lebih hebat darinya. Jejaka yang sentiasa kemas bertie dan punyai masa depan yang cerah.


Irfan sudah sedaya upaya berubah demi Dayu. Sedikit demi sedikit. Tapi Dayu tidak pernah sedar akan perubahan diri Irfan. Namun,menyedari kekurangan diri, Irfan hanya mampu berdiam diri.


“ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR” azan zohor berkumandang. Dia tersentak dari lamunan ketika menunggang motosiakalnya. Dia terus membelok kea rah masjid yang datangnya laungan azan itu.
Irfan masih ingat pesanan arwah Zarul, jangan meninggalkan solat. Irfan tau tempat paling baik untuk mengadu adalah yang maha Esa. Solat dapat menenangkan hati.
Selesai mngerjakan solat Irfan berdoa memohon diberikan kekuatan untuk dia hadapi segal yang terjadi padanya. Irfan termenung memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya da n orang lain.










“Mungkin aku boleh berbincang dengan Fazli” terdetik di dalam hati Irfan.
Irfan menghantar SMS kepada Fazli.
Salam Li..kawan Irfan..kawan rase Li kenal sape kawan…maaf la kalau kawan ganggu Li..I think we nid to talk
SMS Irfan dibalas.
Waalaikumsalam Fan, kawan kenal Fan..kawan baru abes keje ni..kawan mintak maaf atas apa yang berlaku..mmg salam kawan n Dayu..tapi kawan terlalu sygkn Dayu n xnk berpisah..kawan da bgtau Dayu yang kawan xkn lpskn dia..dia cinta pertama kawan…
Irfan terkesima dengan balasan SMS itu.
Li,kawan harap Li paham situasi Dayu sekarang..die dgn kawan da hamir setaon bersama..xkan Li sanggup wat kawan cam ni?
Bertakung air mata Irfan.
Kawan phm Fan..tp kawan da syg kat Dayu sangat-sangat..biarlah Dayu sndiri wat keputusan..kawan harap kite boleh terima keputusan Dayu nanti…
Irfan membalas dengan tenang
Terima kasih Li ats segala2nya..kwan harap kawan dapat trima keputusan Dayu nanti..salam…




Selama dua hari Irfan mendiamkan diri. Irfan memberikan masa yang cukup untuk Dayu membuat keputusan. Selama itu juga Irfan banyak berfikir dan berdoa kepada Allah. Irfan sendiri mengumpul segala kekuatan dalam dirinya.


SMS yang dihantar oleh NIzam dibaca
Der, npa jd cam ni? Tak payah la srabut2 dok piker psl bnde ni..wa ade n membe2 len ade der..slalu support lu..ingt pesan arwah..smua kite da dijanjikan takdir masing2..mgkin ade hikmah disebalik apa yg berlaku..sabor der..wa tau lu kuat…


Irfan berulang-ulang kali membaca mesej itu. Seperti ada satu semangat dating ke dalam dirinya. Kata-kata kawan karibnya itu ada benarnya. Dia masih ada msih ada tanggungjawab yang lagi besar kepada Maha Esa dan keluarganya. Dia sendiri telah berjanji akan sanggup melepaskan kasih sayang Dayu jika hadir wanita lebih baik daripada dirinya




Selepas solat Isyak, Irfan terus rebahkan diri di ruang tamu rumah sewanya kerana badabnya terlalu lemah. Sudah tiga hari tidur dan makan Irfan tidak teratur. 


“Ya Allah, da pukul 11.45 da” pandang Irfan ke jam dinding setelah terjaga dari tidur.
Irfan melihat telefon tangan disebelahnya. Tertara 1 mesej di skrin. Irfan membuka SMS yang dihantar Dayu itu.
Salam sayang..Ayu mintak maaf sgt2 Fan..Ayu syg sgt2 kat Fan..Ayu xsngka akn jd mcm ni..Ayu sedar slh Ayu menduakan cinta Fan..Ayu terpaksa wat kptsan..Ayu pilih FAZLI ZAINAL…Ayu hrp Fan trima kptsan Ayu nie..maafkan Ayu…


Irfan hanya tersenyum nipis. Setitik air mata pun tidak gugur. Irfan sudah dapat menjangka keputusan yang dibuat oleh Dayu. Dia sendiri sudah bersedia untuk menerima segala yang akan bakal terjadi. Dia sedar tidak guna menitiskan air mata kerana orang yang tidak menghargainya. Dia masih ada Allah, ibu bapa, keluarga , dan kawan yang masih menyayanginya.
Irfan menghantar SMS kepada Fazli
Salam Li..tahniah..Dayu pilih Li..kawan doakan Li bahagia dengan Dayu..kawan nk mnx kebenaran tok call Dayu kejap..trima kasih…Salam
SMS Irfan dibalas
Kawan mnx maaf Fan..Datu da wat kptsan..ok..Fan call la die…


Irfan terus mendail untuk bercakap dengan Dayu
“Salam Ayu, maaf ya mengganggu..Ayu watpa tu? Fan Cuma nak mintak maaf kalau ada salah Fan selama kita kenal..halalkan apa yang Ayu bagi kat Fan..trima kasih kerana selama ni Ayu ade tok Fan. Trima kasih kerana pernah sayang Fan..Terima kasih sebab bnyk mngajar Fan erti idop yg sebenar. Terima kasih kerana bnyk mengubah idop Fan. Ayu tak payah la risau pasal Fan lagi. Fan pandai la bawk diri Fan. Fan akan teruskan hidup Fan ni..” kata Fan dengan perasaan yang bercampur baur.
Dayu seperti kelu untuk berkata-kata.”Waalaikumsalam Fan, Ayu mintak maaf sebab kecewakan Fan..Ayu terpaksa buat pilihan..maafkan Ayu ya..”


“Tak pa Ayu mungkin tak dak jodoh kita…Fan doakan Ayu dan Fazli bahagia..Assalamualaikum…” kata-kata terakhir Fan untuk Ayu pada 26 Julai 1991.Hari genap setaon mereka menjalin cinta dan akhirnya musnah…..


Ingatlah kawan-kawan…
Biarkan cinta itu pergi….
Cinta yang sejati akan kembali….
Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati….
Yang akhirnya akan terpateri….
Walau apapun ingatkan dalam hati….
Cinta agung hanya dari ILAHI..
Yang akan kekal abadi…..








TAMAT

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan

2 hari sudah ramadhan berlalu. Tapi, benarkah puasa gua sempurna selama 2 hari ni. Orang cakap bulan ni bagos perbanyakan amal. Bulan ni jugaklah pelbagai dugaan yang perlu kita hadapi. Buat orang macam gua ni, gua rasa nak capai sempurna tu agak payah la. Nak kejar cinta Allah agak susah kalau kita tak betol ikhlas dalam mengejarnya. Gua bab cakap mmg pro. Tapi part nk buat tu agak lah melewe. ADuh.

Selama 2 hari ni jugak lah gua rasa gua x cukup kuat nak menghadapi ujian yg akan datang. Macam-macam pulak benda jadi. Gua nk ckp gua x mengeluh mmmg x lah. Sikit punye mencarut. huhu.  Kalau nk dihitung pahala negetif agaknye -.-'

Bila kat rumah sahur dgn family mmg la time2 afdal punye sahur. Area kol 5 gitu. Tapi bile kat rumah sewa ni smua kne setting sndiri. Sahur mmg lah kol 2 or 3 pagi. Pastu makan lah ape yg ade kat dapur. Masak sendiri. Best nye part makan ramai-ramai la.

Pas sahur ni gua rase gua nak nekad. Nekad nk ubah care hidup. Niat ada inyaAllah gua rase gua boleh. Istiqamah lah yang dicarik. Gua xnak rugi lagi bulan baik ni. Cukuplah yang dah lepas. Tak nak lagi pasni. Gudnite. Selamat menunaikan ibadah puasa.

Thursday, June 16, 2011

Sabar, musibah, Kehidupan

Lepas puas melunaskan nafsu sarakah terhadap game, gua same dgn bebudak rumah dok lepak kat WARONG 24 jam kat segamat ni. Satu-satunya warong yang open 24 jam. Punye lah payah nak carik tmpat lepak kat segamat ni. Kalau tak de tmpt mmg mekdi je la tempat lepak ktorg. 7e bersepah la kat sini. Tak kan nak lepak 7e? Gila apa? -.-'

Dalam menanti pukol 1.30 pagi gua perkene roti canai sama milo tarik. Pergh.. punya heaven. Maklumlah tak makan seharian. Bebudak ni cakap ade gerhana bulan pagi ni. So, dapat gak la gua menyaksikan gerhana yang cukup menakjubkan. Kadang-kadang tak terfikir dek akal macam mane gerhana ni bole jadi.

"Kuase Allah, jangan dipertikaikan. Nanti syirik..." sound membe gua.

Gua tak heran la membe gua ni cakap macam tu. Dajal2 dia darjah khas pangkat 1. Cis.. Ok. Motif gua sebenarnye bukan nak cite pasal mase lepak gua mahupon pasal gerhana bulan. Tapi gua nak cite pasal sabar.

Dalam mengerjakan setiap sesuatu segalanya berbalik pada perkataan SABAR. Kunci segala kejayaan hanya terletak pada sabar. Zaman sekarang ni gua ingat masing-masing makin lupa pasal ilmu-ilmu ilmiah ni. Depa maen sebat pakai kepala otak depa ja wat keje. Pastu kalau tak menjadi kerjanya mulalah mengeluh. Salahkan itu ini. Gua ade terbaca satu hadith ni menyatakan orang yang mengeluh pastu dia tak bertaubat sebelom mati, Allah akan memotong pakaiannya dari wap api neraka. Tak dapat nak dibayangkan macam mana seksaannya. Sabar mempunyai kedudukan agung dalam islam.
  1. Sabar dalam menjalankan perintah Allah.
  2. Sabar dalam menjauhi larangan Allah.
  3. Sabar dalam menghadapi musibah.
Bila ujian menimpa diri, banyakkanlah bersabar. Maybe pengalaman hidup gua tak lah otai mane. Tapi berdasarkan pemerhatian dan selidikan yang gua survey, sabar banyak mengajar gua erti hidup yang sebenar. Walaupon gua sering kali terlupe, gua akan carik balik ape silap gua. Biar orang lain take advantage kat diri kita. Jangan la kita membalas benda yang sama sebaliknya cubalah bersabar. Allah dah pon menjanjikan ganjaran yang berlipat kali ganda pada orang yang bersabar. Redha bukan bererti mengalah. Tapi redha dalam menuju kemanisan iman. Gua tak capai lagi kemanisan iman ni weyh...

Banyak manfaat dalam bersabar ni. Allah menjanjikan ganjaran kepada sesiapa yang bersabar tanpa dihitung. Seronok kan? Keluasan rahmat Allah tidak terjangkau dek akal fikiran. Hanya kita saja perlu berusaha lebih gigih lagi untuk mencapai darjat tertinggi disisi Allah. Mohon lah pertunjuk dariNya serta keampunan yang tiada noktah.
 
musibah menimpa ucapakan lah
Innaa lilllahi wa innaa ilaihi raa'jiuun


Friday, June 10, 2011

no more

Selepas solat subuh gua teros pergi ke dapor tegok air segelas dua. Terasa dahaga pulok pagi-pagi ni. Bebudak rumah sibok lagi membantai mimpi indah. Cis.. mentang-mentang tak da kelas. Holiday awal sehari. Tapi, gua tak heran mane pon pasal gua syukur sem ni jadual gua tak mengusotkan kepala gua.

Gua berdiri depan laman rumah. Baru gua perasan laman rumah gua ni macam celaka kotornye. Dengan hati redha berbaur PAISEH dengan bebudak rumah gua, sampah-sampah kat laman gua clean up. Dalam bab lain gua pelik bukan main kamcing lagi bebudak ni tapi bab nak gotong-royong time tu la korang tengok macam-macam alasan keluar. Haizz... Tak pa la. Gua sayang membe-membe gua. GUA IKHLAS GENG ((:

Jam kat phone gua menunjukkan pukul 8.24 pagi. Kelas pukul 10 pagi. Berat sungguh hati nak pergi kelas kena pulak dengan bebudak rumah yang tak support membe punya. Inbox message still kosong. Dari semalam gua tunggu someone ni. Gua pikir gua dah boleh stop menunggu. Start fresh today san!!

Laptop kat katil gua capai. Power on sambil sepak-sepak membe gua yang gua tak nampak macam manusia dah. Hoh.. Macam badak air tido. Gua log in fesbuk gua. notification tak kurang hebatnya dari semalam. Tergelak jugak kekadang melayan social network ni. thumbs up to Mark Zuckerberg. Gua belek2 page sorang-sorang membe gua. Macam-macam status dilontarkan. Masing-masing nak luahkan hati masing-masing. Sampai kadang-kadang benda yang tak patot pon diceritakan. Dari biasa menjadi mesra. Mesra itu indah namun kadang-kadang manusia berbeza tafsiran. Tafsiran ini lah membuatkan gua terasa untuk memutuskan sesuatu. Account setting gua click. Cursor gua hala ke deactive account. Lafaz bismillah dengan ini secara langsung gua tutup account fesbuk gua...
Frustrated because i cant tell if it's real. Mad because i dont know how u feel. Upset because we cant make it right. Sad because i need u day and night. Angry because u wont take my hand. Aggravated because u dont understand. Disappointed because we cant be together, but still i'll miss u forever.



Saturday, June 4, 2011

life is unpredictable

Mata tak boleh nak lelap lak. Gua xpaham dengan flow hidup gua skrg. Kadang-kadang semuanya tak kene. Sampai satu tahap gua sanggup tipu diri gua. Haish... Geng-geng tgh serabot start study kat segamat gua still lagi kat JB ni melunaskan nafsu nak enjoy gua. Manusia memang tak kan pernah puas dengan  apa yang mereka dapat.

Setelah 20 tahun gua redah jalan hidup, sekali lagi gua rase gua terkeliru dek perasaan gua yang selalu ingin tahu ni. Bak kate orang diluah mati mak, ditelan mati bapak. ahaha.. Gua bukan nak hipokrit tapi gua tak tahu nak cakap ape. Blog ni jela tempat gua rase tempat paling sesuai untuk gua syok sendiri.. Jiwa kelakian gua ni skali lagi tergugah kali kedua. Kenapa kau hadir? pergilah kau perasaan pemusnah hidup!

Jiwa celaru memikirkan masalah study. Boleh ke gua teroskan hidup ni? haish.. kadang-kadang bukan masalah yang sengaja datang tapi gua yang selalunya mencari masalah. Bukan nak salahkan takdir. Gua tak nak jadi insan tak bersyukur. Kebas hati ni bila terkenangkan apa yang telah berlalu. Wahai maha Pencipta..Kau terangilah jiwa insanMu yang selalu gelap ini!

Selang seminit kau melintas jauh disudut hatiku. Walaupun kedudukan kau agak terpinggir namun tak kurang hebatnya mengusik naluri ku yang selama ni dibelenggu dengan pelbagai cobaan hidop. Kenapa perlu kau hadir wahai pelayar jiwa? Kau biarkan aku tersadai setelah kau bawaku berlayar sehinggakan aku terlupa apa yang aku telah miliki. Maafkan aku wahai pemilik jiwa.. 

Gua try bangkit dengan sedikit bisikan positif. Malam ni jadi saksi pertemuan kita. Gua harap dengan keputusan gua tak bermakna gua akan tersadai selamanya. Terima Kasih Cahaya Lanjut Usia... Kerana hadirnya kau memberikan aku sedikit kekuatan dalam menilai erti kehidupan.. 


Sunday, April 10, 2011

???

Gua termenung seketika menikmati udara pagi kat depan rumah sewa gua. Terasa hilang seribu satu kekusutan kat kepala gua ni. Kebelakangan ni banyaj bende yang jadi. Semuanya memenatkan + menyusahkan gua. Haisshh.. Tapi tak pe. Hidup mesti ada cabaran. Lagi pon gua dah biasa dengan cabaran-cabaran ni. 

So, lepas gua raih semangat pagi kat luar rumah ni gua masok dalam balik pastu gua start packing barang2 nak blek kampus. Rumah ni dengan kampus mane lagi penting? Dua-dua penting dan dua-dua ade function. kekeke.
Setel semua gua bukak laptop gua godeh2 fesbuk gua. Entah ape tah gua carik pon gua tak tau. Tibe-tibe gua teringat bala-bala yang akan datang. Dengan kad atm gua tetibe je rosak cip tak boleh bace. Gua heran betol.
Gua dah nampak dah flow next week mcm mane. Sure die la. Test start esok straight sampai rabu. Gua rase down gile. Mood study tah bile nak datang. zzzZZZz

Malam ni pulak ade dinner. Gua dah plan nak join dinner kali ni. Gua rase gua ni mmg tak gune sebagai student kos gua kalau gua tak pergi dinner kali ni. Pasal apa? Gua tak pernah join pon mane2 aktiviti kos gua ni. kekekke. Tapi entah la. Gua tak paham kenapa perlu last minute bala. Tak boleh ke stick to the plan? cis....

Tapi sekarang ni gua tengah pikir macam mane gua nak berhadapan dengan situasi minggu hadapan. Someone help me please. Don't let me die alone (>.<)

Saturday, March 26, 2011

Steady=ME :D

Hujung minggu ni gua decide nak lepak kat rumah sewa. Bebudak kat rumah tu dah sibok tanye bila nak datang. Entah ape istimewanye gua ni gua pon xtau la. Jumaat malam after test gua teros follow budak rumah gua. Diorang boleh pulak dok meleceh nak makan kat blok i. Tapi gua steady. Gua dah tak kesah diorang bikin gua punye ati panas sesuka hati diorang. Bak kate pepatah Alah bisa tegal biasa. Cewah..

Lepas makan gua sama bebudak ni teros balik rumah. Lame jugak gua tak mengunjung rumah ni. Dah lain skit. Lain kedudukan motor gua. Gua suspek bebudak ni guna motor gua time gua berhijrah. Takpa. Gua xkesah. Asal motor gua serupa motor lagi ok la. Jgn sampai gua pon x kenal motor gua sudah la. Gua masok rumah gua teros capai remote tb. Gua tekan channel tv3. Cerita Narnia. Layan gak cite ni. Gua punya la kempunan x dpat tgk tb jumpa tb dah macam jumpe emas. haha. Malam ni gua set tilam kat ruang tamu. Gua tak nak jadi tetamu derhaka. Gua beralah. Lagi pon gua dah biasa jadi pelarian ni.

Tak lame lepas cite Narnia ni abes, gua ditinggalkan sorang2 kat ruang tamu ni. Owner rumah ade bilik masing2. Gua ni just menumpang je. Bile sorang2 ni la paling bahaye. Banyak bende yang suka sgt datang menganggu time2 camni. Antaranye: 
  • Teringat kat masalah-masalah yang tak selesai-selesai lagi.
  • Mestilah lapar. Macam-macam terbayang time-time ni especially masakan mak.
  • Terasa memerlukan seorang teman. erkk..
  • Teringat kat orang yang tersayang. Lagi-lagi time berjaohan ni. Lagi lah tak senang tido.
Tapi skali lagi gua mention k, gua tetap steady. haha, Gua guling kiri, gua guling kanan. Tetap jugak sama. Kesteadyan gua dah makin tergugat. Gua try fikir something yang indah. Tibe-tibe gua teringat kat paper MGT yang gua tak dapat jawab tadi. Indahnye!

Satu persatu wajah-wajah penting membelai malam gua ni. Mesti diorang rindu gua sebab tu diorang lintas kat depan gua. erkk.. perasan ka gua ni? Takpa la. Gua tak heran. Yang penting gua nak diorang tau gua dah try untuk ada bersama diorang. Kalau boleh everytime. Tapi, gua terpaksa akur dengan halangan-halangan yang memisahkan gua dengan diorang. Sungguh dramatis di situ. Entah la. Kadang-kadang gua rase hampa, kecewa, dan segala sifat mazmumah menghantui jiwa gua ni. Tapi, buat kali terakhir gua mention. Gua tetap steady.. HAK HAK HAK..

Saturday, March 19, 2011

Fill in the BLANK

Rini gua malas nak bebual rancak. Gua just nak share lagu kat bawah ni je. Entah nape gua terase nak share lagu ni. Ape best pon aku tak tau la. Lirik di sediakan dalam video. So, korang bley la nak karok skali.  Lagu Muhasabah cinta oleh Edcoustic. Thanks kepada cik kero farhana. Actually dengar lagu ni dari blog die..Kih kih..layan~~

Thursday, March 17, 2011

incomplete

Tet tet! tet tet!

Gua sedar dari mimpi. Fon kat tepi bantal aku capai. Damn! Pukol 10.02 pagi. Gua terlajak lagi hari ni. Button hijau kat fon gua tekan.

"Aku nak duduk sebelah kau hari ni!"

Apa gila membe aku ni tibe2 nak dtg kelas web hari ni. Biasanya kelas pagi2 ni mmg dok sah cakap lah. Mmg tak pergi la jawabnya. Tapi tak pe. Dia lah penyelamat aku. Gua bergegas mandi ala kadar. Tapi cukup bersih la bukan mandi kerbau ok. Siap semua gua capai beg teros blah dari bilik. Bilik PUAKA!

Sampai kat kelas Cik Huda teros pas attandance kat gua. Macam tau2 je. Cik Huda ni pensyarah subjek web ni. Gua teros riki line carik table kosong. Cis.. tak da satu pon slot. Gua nampak membe gua yg mesej gua tadi dah berpaling tadah. Dah dapat partner teros buat line clear. Macam tak kenal aku langsung. Gua lalu sebelah dia sambil buat muka tak puas hati. Mmg gua tak pernah puas hati dengan membe gua sorang ni. Ada je yang tak kene. Last2 gua decide duduk sebelah classmate gua yang gua tak berapa nak rapat sangat. Dia ni line2 belajar punya budak. So, dari awal kelas sampai lah ke akhir gua jadi pelajar berstatus PELAJAR. Gua di bahan sampai habis kelas. Cis~

Kelas tamat gua teros fikir nak beli makanan. Lapar dah ni. Line2 12.00 tghari lah katekan. Perot mmg selera badak time2 ni. Tapi gua selak purse gua ada 2 ringgit je. Gua decide gua makan malam je la.....

Kaki gua melangkah pantas untuk sampai ke bilik. Dengan niat nak landing atas katel sama layan lagu Backstreet Boys. Sampai depan kolej macam biase lah rutin harian gua. Bilik gua tingkat 3. Gua tarik nafas panjang. Gua mulakan larian kencang menaiki tangge satu persatu. Rekod terbaik time awal2 dulu aku pernah buat sampai kat tingkat 3 dalam masa 35 saat. Gila lembab~~

Dengan keaadaan termengah2. Gua tengok jam. 28 saat? wah...gua dah makin kurus. Kih kih. Sampai depan pintu bilik gua selok poket nak amik kunci. SHIT!! kunci gua mana hilang? Gua rasa gua tertinggal kat atas katel time kelam kabut nak pergi kelas tadi. Gua tersandar depan pintu mengenang nasib. Tapi gua tak salahkan takdir. Silap gua~~

Sunday, March 6, 2011

insomnia

Jam dekat fon gua amati sebaik mungkin. Pukol 5.25 pagi?? apa kes gua ley insomnia ni?? abis satu katel gua kerjakan. Kiri, kanan, tonggeng, lipat, tiarap, bersila hampir smua style la gua praktikkan tp tetap gak gua tak boleh nak pejam kan mata gua yang dah habis kuyu smacam dari td ni. Niat sudah pon gua tanam. List mimpi pon gua dah susun baik. Apa lagi tah yg gua rasa tak kena. Maybe doa tido gua salah. Cuba check..

"Allahumma bismika amutu waahya'..."

Haishh.. gua tak banyak pikir lagi gua decide untk on laptop. Nak tgk movie? Habis khatam movie dlm laptop ni aku telaah. Nak maen game? Gua tak tau game ape lagi yang gua tak main dalam laptop ni. Gua rasa solitare kot. Lastly, gua pilih untk hupdate blog ni untuk luahkan insomnia gua ni....

Errr.. gua rasa gua dah abis try cari idea untuk tulis something ni. Idea malu malu nak sampai time time camni. haizzzzzzzzz....

*2 minit selepas perahan otak...

Gua dah nekad. Ni keputusan gua. Kopiah sama kain pelekat dah lambai lambai kat gua. Gua rasa destinasi gua Masjid As syakirin... selamat bersolat subuh dan gudnite..

Saturday, March 5, 2011

ruMahku~

Bebudak bilik aku masing masing sibok packing barang nak blek rumah. Gua sorang je yang steady dok kat ats kerusi sambil kunyah biskot jacob memerhatikan si homesick-homesick ni. Agak jeles jugak la sebab tak dapat balik rumah. Hampir sebulan jugak rasenye aku kat kolej ni. Ape kan daya, test sama assingment berlambak nak kene setelkan. 


"Kirim salam orang kat rumah." gua memecah kesunyian.


"Ok2, kau jangan rindu ktorg sgt tau san." sindir Im budak part 2 bilik gua.


Cis... ingt gua despret sgt ke. Gua tau la gua bakal single dalam bilik ni. Gua survey gak satu bilik ni. Malam ni gua tidor sorang ka?? Gua dah pikir nak cabut g rumah sewa membe gua kat bunga raya. Tapi lepas gua consider macam-macam benda gua decide gua tidor je la sorang kat bilik ni daripada jadi setan kat rumah sewa tu..


"Korang jgn lupe bawak ole-ole blek nanti. Sorang paling bangsat pon burger mekdi." seru gua dengan riak muka yang slumber tanpa rase gentar.


"Bukan burger mekdi ktorg bawak, akak mekdi pon ktorg bley payong san..." nganjing Im lagi.


Bilik gua ade 4 org smuanya termasok gua. Yang paling byk bunyik Im la pasai dia lah senior selepas gua dalam bilik ni. So, gua tak heran kalau disindir macam tu skali. Tapi angin gua tak tentu jugak. Ade skali abes satu bilik gua tengking pasai depa smua tak hormat gua nak solat. Ada ka patut depa dah perasan gua dah kacak pakai kopiah sama bentang sejadah depa bley dok bantai maen gitar sama borak-borak tak ingat akhirat punya. Tapi angin gua kejap je. Gua tak bley panas sangat nanti gua nangis.. Cis.. jiwa tisu rupanya...


"Cukop! sebelum aku nangis lebih baek korang blahh sekarang!" tempik gua dengan suara tersangkut-sangkut.

Zup! tinggal gua sorang dalam bilik ni. Mmg dasar tak sayang aku diorg ni. Biarlah.. diorang bukan pergi mana pon. Jumpa mak ayah diorang. Gua pikir blek bila gua nak blek ni. Kalendar kat fon gua survey tarikh-tarikh penting. Gua abes congak 2 minggu lagi gua jejak kaki kat rumah. Mau ciom kaki mak ayah.. rindu..~~   


Hampir sehari jugak fon gua tak berdering. Bateri abes ka hapa? Tiba-tiba hati gua terniat untuk check inbox message. Mana dia cinta hati gua?  hurmm......

Friday, March 4, 2011

tragedi 4 februari

Gua rase hari ini hari 'sun' gua. Sampai depan pintu kelas gua start perasan yang gua orang pertama sampai. Gua teros amik port blkg. Ala ala brader la org cakap. Actually, gua sebenarnya repeat subjek linear algebra ni. Gua bangga jadi student repeater. haha. Bagi student repeater mcm gua ni tak bagos duduk depan ni. Niat gua bukan ape just nak bagi la first timer ni duduk depan supaye diorg tak lah menyesal klau senasib macam gua ni. Selang 3 minit mmbe seangkat repeat gua pon sampai. Masok2 die teros parking dok sebelah meja gua.


"Awal kau sampai. Mimpi test A ke ape?" 
  Celaka.
Gua tenung lama mata membe gua.
"Semalam gua jumpa puan. Puan nak buat kuis rini."


"o0whhh." balas membe gua. 


5 minit kemudian penuh la kelas. Bagosnye pasal dak2 kelas ni pasal diorg ni tak suka ponteng. Paling bangsat pon datang lambat. Orang cakap budak type-type ni la yang akan jadi follower aku. Betol ka? 


Kelas di mulakan dengan doa penerang hati yang biasanya dibaca oleh ketua kelas. After that, kelas pon bermula.


"Ok, hari ni saya nak buat kuis chapter 4. Keluarkan sehelai kertas, salin soalan kat depan ni dan jawab. Tamat kelas sila hantar."  terang lecturer gua.


Gua senyum nipis. Membe gua dah dok tersipu-sipu kat sebelah gua. Gua tau la ape mamat ni nak. Tak mintak jawapan mesti nak pinjam pen. Cis.. tak pernah nak 'update'. 


Sesi menjawab pon bermula. Masing-masing dah macam nak jawab final paper dah. Senyap sunyi satu kelas. Yang dengar hanye bunyi kipas berpusing sama bunyi aircond. Sikit punya slow  bunyi aircond ni. Dah berapa lama tak servis ni.  Gua macam biasa la. Slow slow gua tenung soalan ni ala ala cool gitu gua cuba perah abes mungkin kali ni. Maklumlah dah prepare. Padahal kuis je kot. Pedulik lah!


"Psitt." 


Tibe tibe telinga gua dengar satu yang agak biasa didengar. Gua dah agak mesti bunyi ni dtg dari mmbe gua.


"Mende?" balas gua dengan kepala mendongak skit.


"Payong lah sikit. Gua zero ni." jelas membe gua.


Gua dengan hati mulia jawab.

"Abis kelas nanti gua bagi jawapan. Ok?" bila masa aku ni skema jawapan bisik hati gua.


Membe gua tertunduk hampa. Dia dah tau nasib dia macam biasa la. Survive sendiri la jawabnya. Gua teros sambung jawab soalan. All out lah orang cakap.


*********


"Ok, masa dah tamat. Hantar ke depan jawapan kamu."


Zup! gua abiskan congakkan gua. Gua bajet bajet ok la ape yang gua jawab ni. Gua tak aspect  pon betol semua. Masing masing hantar kertas dengan pelbagai keadaan. Bagi membe gua seperti biasa lah dia copy jawapan gua. Tapi yang cerdik pasal mamat ni dia copy bukan sorang saja. Die pi amek lain lain orang punya jawapan kasi x sama. Nampak macam buat sendiri. Brengset.. Gua doakan la lu lepas subjek ni sem ni, Amin..


tiba tiba lecterur gua berbunyi..
"HUrmm ok, saya dah tengok jawapan kamu semua. Semua ok. Masing masing dapat jawab dengan baik." 


Masing masing dalam kelas menzahirkan muka lega. Paling steady mmbe aku la. Kalau lah kau ni musuh aku dah lame aku ong bak kepala kau. huh..


"Tapi berdasarkan sinopsis saya, saya rase sorang je yang saya perasan dapat full mark." sambung lecturer gua.


"Sape puan? sape puan? " hampir serentak satu kelas bertanya.


Gua dah ready nak melompat ni. Gua bajet bajet nama gua yang akan ke udara.


"***** bin *****. Ok, class dismiss." lecturer gua menamatkan kelas.


Gua tak silap tu nama membe gua. Tiba tiba mata gua berkaca. Tersemat satu dendam dalam hati gua. Gua toleh membe gua dengan seribu kerutan di muka. Membe gua senyum sinis. Tambah menyakitkan hati bila dia meriak riakkan diri. Gua datang kat die gua cakap tahniah gua teros keluar kelas.


p/s: gua rase gua nak tiru jelah time kuis nanti. grrr...



Wednesday, March 2, 2011

Kekalutan

Gelisah tak tentu arah hari ini entah tak tau kenapa sebabnye. Kelas database tadi dah la ape-ape tah je yang di dengar. Bile pensyarah tanye paham ke? Smua membedal cakap "paahaaaamm". Mane tak nye smua nak balik awal. Perot masing-masing udah lapar. Siap ade yang tertidor-tidor lagi dalam kelas. Tu bukan masalah lapar kot. Maybe lewat tidor sebab gadoh dengan pakwe makwe sampai lewat malam. Lepas abes kelas aku teros memecutkan kaki aku untuk berlari sekencang mungkin ke blok i untuk membeli makanan. Maklumlah pagi tadi tak sempat sarapan. Bangun pon lambat. Menu hari ni macam biase la masak lemak mesti ade tambah lah skit dengan paru 4 5 ketol. Sampai bilik aku lempar beg kat atas katil teros menyantap makanan dengan nikmatnye. Pastu ni lah keje aku dah kenyang ngadap laptop teringin lak nak menguptade. Actually, tadi after database kelas ade membe aku (identiti dirahsiakan) dok ngadu kat aku pasal boy dia len macam kebelakangan ni. 
Aku pon tanya "la pasai pa?." Dia cakap "boy aku macam lari-lari dari aku la." Aku tanya la "Ekau ade wat apa-apa salah ka?" Dia jawab "Entah lah, aku buat macam biasa saja. Cuma boy aku busy skit dengan kerja lately ni (boy dia dah kerja k)." Aku pon cakap "La mmg la mcm tu. Laki kau busy kerja bukannya dok carik betina lain.  Kau kena paham la situasi dia. Bagi dia masa ka. Buat apa kalau bercinta kalau tak percaya. Betol x?." jawab dia "hurmm..menci la macam ni. Asyik aku je nak kene paham dia, bila masa dia nak paham aku." Aku cakap la "Dah2, hang dok usah kalut-kalut smacam, hang p makan dulu mandi solat pastu hang doa banyak2 boy hang x  buat palat dengan hang. Senang cita." Perbualan pon berakhir kat situ.

Hah! kat sini aku nak buat conclusion tentang beberapa perkara:

  • Kepercayaan penting dalam apa-apa saja hubungan (bukan dalam bercita saja k).
  • Beralah adalah cara penyelesaian yang terbaik yang pernah aku try (certain things je k).
  • Usaha untuk memberikan yang terbaik walaupun tak selalu kita dapat yang terbaik.
Kalau nak diikutkan hati mmg banyak lagi nak di taip. Tapi kesuntukan masa pulak. So, pada u all yang sedang bercinta kat luar sana, hang pandai2 la survive ya. Jangan dok time bahagia lupa dunia, time derita baru nak ingat segalanya.

p/s: Malam ni test algebra. tak ready lagi ni. hukhukhuk..

Tuesday, March 1, 2011

why So Serious?

Cukup aku tak paham dengan perangai student2 zaman sekarang ni, sikit2 ade je masalah yang timbul. Tak puas ati dengan membe la, kene buli dengan senior lah, kutuk sane kutuk sini lah. Ape tak cukup kasih sayang ka mereka smua ni? Ades. Ntah ape la diorang ni pikirkan sebenarnye aku pon tak tau. Kekadang aku pon naik menyampah dengan isu-isu yang xpernah nk abes ni. Kalau lah aku ade kuase macam ultraman tu , nak aje aku habiskan manusia-manusia perosak ni. hoh! Baru-baru ni budak bilik aku ngadu kat aku kene buli dgn budak part atas. Kene joget macam wonder girls utk persembahan partu wing. Wadafak? haha. Aku naik heran la dengan senior zaman skrg ni. Idea diorg nak tarik bebudak junior ni tak berkembang langsung. Tu smua old school kay. Kalau ye pon nak buat party wing buat lah elok-elok. Persembahan menyanyi ke, main gitar ke, tadarus ataupon berzanji. ok what? At least ade nampak la pendekatan diorag tu kearah positif. Alasan senior-senior ni smua same. "gua dulu lagi terok kene dari lu smua tau tak". so what? nak bagi fair n lovely ke? ni lah dia manusia. Tak pernah nak tgk org lain senang. Aku ni pon senior jugak. Tapi entah lah aku mmg x amik port pasal wing-wing ni. Yang aku tau diorg x kacau aku and aku idop senang.  Diorg mintak aku bagi, diorg lebih aku kaki. Cukup mudah. Simple. Ade sampai maki-maki belakang lak tu. Aku cukup panas bile org cakap blkg ni. Walaupon bukan aku mangse makian tu bukan aku tapi aku mang x ske. Tak nak la macam ni. Gua study kat uitm ni pon sebab gua pikir smua student melayu. So, melayu same melayu patut senang lagi la nak paham. Nak di bandingkan dengan student U lain. Macam macam jenis kaum diorg ade. Somalia, Jakarta, Nigeria smua berkaler-kaler punye type. Lagi susah nak paham diorang punye pahaman. Tah la. Aku pon kekadang malas nak banyak bunyik. Kalau aku bnyk bunyik la salah bunyik lain lak jadi kan? So, bebudak bilik aku pon dah setel masalah dengan senior diorg and aku pon dah dengar smua permasalahan diorg. Everything pon dah setel dengan jayenye. Gua dah bagi-bagi kasih sayang kalau tak cukup jugak mmg x kenang budi orang cakap!

p/s : Ape kejadah setel problem malam2? Esok ade kelas! Fak!

Thursday, February 24, 2011

laugh out loud!

sometimes aku asyik bercakap ttg diri aku..pernah ke aku pikirkan ttg org sekeliling aku??ape die rase??ape die nk??ape die benci??and ape ape je lah..
the question is..
everything yg aku buat pernah ke menyakitkan ati mereka secare sengaje or x sengaja..arghh..pade sudut pandangan aku lah soalan yg tersenarai kat ats tu smua x patut terlintas dalam ati aku..sebab ape??sebab aku rase aku yakin dgn ape yg aku lakukan.."ceh,,100% yakin giler mamat ni!"
yup!
actually not 100% pon tapi aku yakin ape yg aku buat smuanya btol..aku kenal diri aku sape and aku xkan buat something yg bertentangan dgn diri aku..so,,if u all kat luar sane yg rase2 aku ni patut di betolkan silalah tegur k..ingat mengingati kan digalakkan dalam agama..kalau aku ade buat salah x bermakne aku x dapat dimaafkan kan??
hehehe.LOL!

Monday, February 21, 2011

Gift


hari ni mang best gler..guess what..tido bersambung-sambung..pukol 3.30 ptg baru bangun..baru jumpe dunia..dengan perot kosong aku tros g kelas kol 4..huh..mang longoi badan ni..masok kelas mmg la mcm orang dungu..hehe..hurm..dalam diam2 rupe2nye aku maken gelap..ah!!btol ke??ramai ni dah perasan..klau di banci lebih kuota ni..haha..nvm la..yesterday aku wat keje amal pe..jadi PHOTOGRAPHER x berbayar..hehe..maklum lah ade SUKOL..mcm2 sukan berlangsung tapi the most interesting is netball..what!!!..actually my istimewa wakil netball tok kolej die..(no wonder la :D)..full gak kamera dgn gamba-gamba PENYOKONG netball bukan players netball k..haha..geng2 giler gamba dah berjumpe kamera mang la jadi HANTU..hehe..




pengurus pasukan


hehehe :D


penyokong setia + pengurus

the best player a.k.a my is HEHE

actually the main thing yg nk aku ckp ialah pasal gadis ats ni..she is incredible..
such a mysterious person i ever met..strong girl..intimate person(walaupon die x ngaku),caring,loving
and independent..
i think she is a gift for me..:D
i always hope the best thing happen to her..
keep it up sweetie..
wassalam..


Wednesday, February 16, 2011

HarD timE?

aduh..hari ni saje 2 kali ibunda tercinta aku call..mcm biase lah bebel saje..risaukan anak die yg jao di "oversea" ni..maklumlah segamat kan baru pas banjir,,bley panggil laot dah..asyik2 bende yg same je diulang..
"esan belaja btol2,,naikkan pointer tu".
.ades..nk melawan x boleh..terpakse lah dengar..lagipon bende yg disuroh tu untuk kebaikan jugak..mane ade ibu yg xnk anak die berjaye..pape pon aku beruntung dpt mak mcm ni..bak kate mmbe aku.."selagi mak kau membebel selagi tu lah die sygkan kau"..everythig yg terjadi kat kite mak dgn ayah jugak lah tmpat yg kite tok mengadu..tp kadang2 terlintas kat ati tok x nk bebankan diorg..ades..harap2 lah aku x bebankan diorg..INSYAALLAH..tp kalau nk ikotkan time aku tengah gundah gulana ni..entah lah..something wrong somewhere..HURMM..xnk lah bebankan sape2 lagi..klau boleh susah senang kongsi lah same2..x suke perasaan terGANTUNG macam ni..
MAK!!:'(

Tuesday, February 1, 2011

PuiSi tet!

hari ni mendung je cuaca kat lua..pagi td da stop ujan..kecoh pasal banjir..kesian pada mangse2 yg terkene bencane ni..dalam keseronokan aku bermain laptop ni terlintas gak simpati aku pada mereka2 ni..ape bley wat..doakan la agar mereka selamat menempuh dugaan ni..kadang2 aku rase insaf bile dipikirkan blek nikmat yg aku dapat skrg ni..naseb aku agak bek berbanding mereka,,aku xperlu bersusah2 or risau ttg keadaan skeliling..bila dugaan dtg aku cepat mengeluh dan putus asa,,aku xkuat sperti mangse2 banjir yg terpakse bersusah2 mencari tempat perlindungan..yg sedih bila lihat budak2 kecik yg terlibat..aduhai..rase kerdil sungguh bile dibandingkan dgn aku yg cepat mengalah ni..haish..nilah aku..cepat mengeluh..someone said to me "biasakan yg x biase,jgn biasekan bende yg biase"..that quote always keep running in my head,,ape yg tersirat dgn perpatah ni dan ape yg tersurat dgn pepatah ni..bila aku lemah aku sangsi..bila aku kecewa aku buntu..bila aku aku sedih aku berasa kehilangan..aku benci dgn perasaan ni...sukar tok aku melupakan sesuatu kebiasaan yg telah sebati dgn idop aku..perlukah aku menjadi org lain untuk mencapai sesuatu??argh..hate all these things..!*&^&^*^!*@,,,oppss..termencarut lak..haha..so..dapat aku simpulakan kat sni beberapa perkara iaitu

  • dugaan dunia hanya untuk mencapai nikmat akhirat.
  • nikmat dunia juga adalah ujian Allah kepada manusia.
  • sesuatu yg indah tidak semestinya indah keakhirnya.
  • kecewa tidak mendatangkan ape2 kerana benda dah jadi.
  • yesterday is history,tomorrow is mystery,,but today is a gift!
  • im proud that i have YOU!
klau bercerita mmg la zup zap zup zap je kan..haaa..buat tgk,.actually no body perfect rite?tp xsalah untuk mencube..seseorang yg kalah setelah die mencuba adalah lebih baik daripada meraka yg mengudur diri tanpa berbuat ape2..PERFECT??yaaaa..let me think 1st...wassalam~~

Wednesday, January 19, 2011

Eg0

EGO..
apa yg dimaksudkan dgn ego??apakah itu ego??dari mane asalnye ego??
setiap manusia mempunyai takrifan masing2 terhadap perkataan EGO ni..
ego ataupon lebih dikenali sbgai egois satu adalah satu perasaan yg dimiliki oleh setiap insan dimuka bumi ni..
baik lelaki mahupon perempuan..maksud egois berbunyi lebih kurang macam ni la,,satu sikap mementingkan diri di atas kepentingn orang lain tanpa batasan..org yg memiliki sikap ini sbnrnya menyimpan ketakutan terhadap kehilangan apa yg telah dia miliki dan dia tidak rela untuk kehilangannya..sikap egois ini timbul apabila seseorang tu KELAPARAN dalam erti kata laen die kekurangan motivasi ataupon kekuatan mental..kekuatan mental perlu diraih sejak kecil lagi dgn dorongan mak ayah dan kawan kawan,..sikap ni perlu diperangi sebab byk keburukan bakal dihadapi..haaa..ni nk kongsi skit care nk berperang dgn sikap egois ni..


  • Kita perlu kenal sikap egois kita, kita terlalu byk memberi hingga kita mahukan org melakukan bende yg same..
  • Bertanya..bertanya kepada org lain tentang keaadaan kita,bagaiamana keadaan mereka jika di posisi kita. Pertanyaan ini bertujuan melihat diri kita dari kaca mata org lain..
  • Terima seadaanya,terima yg milik kita bukan sebaliknya. Banyakkan memberi dari menerima. Kita akan merasa kepuasannya.
  • Beriman la pada Allah. Selalu mohon kepadanya agar diberikan ketenangan dalam mengendalikan urusan seharian,
xbnyk pon care yg nk dikongsi..
so terima la yg baik dan buang lah yg buruk..
Allah berfirman..
"Janganlah menahan kebaikan dari pada orang-orang yang berhak menerimanya, padahal engkau mampu melakukannya." 
org yg besikap egois amat sukar untuk melakukan ini,,
kesukaran tu lah yg akan mendidik kita kearah kebenaran..
renungkanlah sejenak sementara masa masih ade..
wassalam :)

Sunday, January 9, 2011

apa yg terFikir??itu ADA!

wehee..akhirnye dpt jugak aku miliki karya terbaru novelis yg aku minat ni..
RAYYAN FANTASI..
hahaa..mang bgos tok aku bace..
maklumlah hidup madah berfantasi je..
tertarik dgn tagline ...
apa yang terfikir ?? itu ADA..
agak menarik ayat ni..hehe
actually blom abes bace lagi pon..
xsabo nk abeskan novel ni..dgr2 mcm2 saspens..
mampukah aku realisasikan segala fantasi di kepale aku ni??
hahah..tu persoalannye..:D

Friday, January 7, 2011

beGin

masok hari ni da hari ke tujuh aku selamat mendaftarkan diri sebagai pelajar..
haha..agak rumit sekali perjalanan selama tujuh hari ini..
ok..kite cerita dari 1 haribulan 1 2011..
aku ke segamat menunggang jentera kuat aku..ex5..
hahah..
perjalanan yg berliku,penuh cabaran aku lalui..
aku bertolak selepas zohor dalam kol 1.45 gitu..
sejam pertama aku tiba di perhentian simpang renggam..
rehat jap..amek anging segar simpang renggam..
haha.ada la dalam 5 minit aku rehat..
pastu aku teroskan lagi perjlanan..sejam berikut destinasi di exit yong peng selatan..
total mase tok sampay yong peng adalah 2 jam..
berhenti seketika bersama teh tarik..:D
teroskan perjalanan smpai la segamat..
ada la dalam 2 jam tok sampai pekan segamat tu..
smpai je segamat cerita berakhir tok hari ini......
ok..kite cerita 2 haribulan 1 2011..
smpai di segamat kol 2..
aik??
tibe2 je?
haha..
mang tibe2..
ok..teroskan cite..jalan dgn my cinta..wewit..kat segamat..shoping2..
wakakaka..
byk dwet bang??
mang byk..byk la sgt..kite ni menumpang kaye je..
huhu..follow2 shopping..
teman cinta hati wat rambot..
panjang sgt da tuh rambot tu...nk gak tgk pendek...:D
selesai meronggeng kat segamat..aku pon blek anta cinta hati kat uitm...
wakaka..
pastu barulah aku mulakan mission impossible aku ni..
dalam kol 5..
aku merayau2 kat pekan segamat...hampir pecah da kepale ni tgk org segamat ni..
mcm2 perangai...
5 6 kedai jugak aku kua masok...xjumpe jugak..
jumpe ape?
opss...lupe nk gitau mission aku..
actually aku nk carik hadiah besday..
tomorrow my baby besday k..sweet 20..wahahah..(tue da makcik oi)
haha..1st time ni nk bg present tok besday cinta ni..sebab tu mission ni impossible..wakaka..
tok pengetahuan kami bahagia k..:D
dekat setengah jam jugak lah mase di habiskan dok mencari sesuatu yg indah..hahaha..
akhirnye ketemu jua..
aku nk jadi org pertame wish besday die n org pertame bg hadiah..
hahaa..
kol 9 mlm aku dtg kolej die wat surprise yg x surprise..
sb ape xsurprise??
sebab die x terkejot pon..huhu..
xpela..pape pon aku da wish..
tp yg mnyedihkan aku x dpt ade dgn die time kol 12 tu..
huhu..sori sgt2 k..
tutup cite 2 hb..
cerita 3 haribulan 1 2011..
 permulaan kelas bg insan2 bername pelajar..
aku ni name je pelajar..tp belom sedia pape pon..
baru terhegeh2 nk setting jadual..
bgn kol 10 pagi..siap2 teros g bilik lecturer tok setting jadual..
pom pang pom pang..xsetel gak..
ceritanya skrg ni aku da malas ni cerita lg sebab smpai hari ketujuh ni la baru setel jadual aku..
senang cite hari keempat lima enam n tujuh aku wat bende same..
wakakkaa..
penat dah..
lokasi skrg kat rumah..
blek jap lawat mak ayah..rindu..wakaka
actually nk amek barang..
next week baru lah kite mula perang..fisabilillah!!
mulakan kelas dgn semgat yg baru!
insyaAllah..doa mak ayah diiringi sejuta kate semangat..moga2 ape diinginkan termakbul...
amin..~~