Saturday, June 4, 2011

life is unpredictable

Mata tak boleh nak lelap lak. Gua xpaham dengan flow hidup gua skrg. Kadang-kadang semuanya tak kene. Sampai satu tahap gua sanggup tipu diri gua. Haish... Geng-geng tgh serabot start study kat segamat gua still lagi kat JB ni melunaskan nafsu nak enjoy gua. Manusia memang tak kan pernah puas dengan  apa yang mereka dapat.

Setelah 20 tahun gua redah jalan hidup, sekali lagi gua rase gua terkeliru dek perasaan gua yang selalu ingin tahu ni. Bak kate orang diluah mati mak, ditelan mati bapak. ahaha.. Gua bukan nak hipokrit tapi gua tak tahu nak cakap ape. Blog ni jela tempat gua rase tempat paling sesuai untuk gua syok sendiri.. Jiwa kelakian gua ni skali lagi tergugah kali kedua. Kenapa kau hadir? pergilah kau perasaan pemusnah hidup!

Jiwa celaru memikirkan masalah study. Boleh ke gua teroskan hidup ni? haish.. kadang-kadang bukan masalah yang sengaja datang tapi gua yang selalunya mencari masalah. Bukan nak salahkan takdir. Gua tak nak jadi insan tak bersyukur. Kebas hati ni bila terkenangkan apa yang telah berlalu. Wahai maha Pencipta..Kau terangilah jiwa insanMu yang selalu gelap ini!

Selang seminit kau melintas jauh disudut hatiku. Walaupun kedudukan kau agak terpinggir namun tak kurang hebatnya mengusik naluri ku yang selama ni dibelenggu dengan pelbagai cobaan hidop. Kenapa perlu kau hadir wahai pelayar jiwa? Kau biarkan aku tersadai setelah kau bawaku berlayar sehinggakan aku terlupa apa yang aku telah miliki. Maafkan aku wahai pemilik jiwa.. 

Gua try bangkit dengan sedikit bisikan positif. Malam ni jadi saksi pertemuan kita. Gua harap dengan keputusan gua tak bermakna gua akan tersadai selamanya. Terima Kasih Cahaya Lanjut Usia... Kerana hadirnya kau memberikan aku sedikit kekuatan dalam menilai erti kehidupan.. 


No comments:

Post a Comment