Thursday, September 8, 2011

Cerita Lame

“Ya Allah, kenapa dia buat aku macam ini” rintih hati Irfan Iman. Irfan memandang orang-orang sekeliling di café. Dia cuba untuk menahan sebak dan air mata. Dengan langkah yang longlai, Irfan beredar dari café. Masih terbayang-bayang titipan manis Dayu buat seorang jejaka dalam laman Facebook.
Nur Hidayu Amir, gadis yang berjaya menawan hati Irfan sejak sekolah menengah. Walaupun cinta mereka cinta jarak jauh, tetapi telefon awam menjadi penghubung kasih selama Irfan di asrama dahulu. Wang syiling yang dikumpul hasil berjimat cermat duit poket diguna. Walau seminggu 10 minit sudah berbaloi bagi Irfan untuk mendengar suara kekasih hatinya.
Irfan duduk berseorangan di gerai mamak berhampiran rumahnya. Fikirannya amat runsing. Dia cuba menghubungi Dayu untuk mendapatkan kepastian tetapi hampa. Panggilannya tidak dijawab. Berderai air mata Irfan mengenangkan perbuatan Dayu.
“Alamak, gua kena amek Nizam balik kerja”, Irfan mengesat air mata yang tadi tidak henti-henti berderai dan berjalan menuju ke motosikalnya. Menggelabah dia menunggang motosikalnya sehingga tiba di tempat kerja NIzam.
“Irfan, napa wa tengok mata lu bengkak je ni?” tanya Nizam,kawan rapat Irfan sejak sekolah rendah lagi.
“Tak de hal la der,mata wa ni mang macam ni,stim lebih”Irfan berseloroh menyembunyikan kesedihannya. Irfan teros memacu laju motosikalnya ke rumah Nizam. Setibanya di rumah Nizam.
“Der,boleh wa cakap skit tak?” tanya Nizam dengan berhati-hati.
“Eh,tanya la der,lu ni malu-malu plak pahal?”jawb Irfan tersenyom plastik.
“Dari tadi wa tengok lu cam ade prob je der..cita la kat membe”kata Nizam pada Irfan.
Tiba-tiba riak wajah Irfan berubah. “Emm, masalah yang tak tau kepastian lagi..nak story pon tak tau ujung pangkal lagi..tapi ni bab ati la der,sogan la nak story..”seloroh Irfan sambil menutup egonya. 
“Yelah der,,wa xnak pakse lu beb,,tapi kalau lu nak luah pape lu cari la wa k..kte da macam adik beradik der.”pinta Nizam sambil bersalaman dengan Irfan. Irfan terkedu seketika mendengar kata-kata sahabatnya. Irfan pon memacu laju motosikalnya menuju ke rumah. 
Irfan duduk bersendirian di dalam bilik. Mengenang nasib yang dialaminya. Berkali-kali panggilan di buat tetapi gagal dihubungi. Satu persatu mesej Dayu dibaca kembali. Berkerut dahinya menahan sebak didada.
“Kenapa kau sanggup lakukan ini padaku?”getus hati sayu Irfan terkenang apa yang telah dilakukan Dayu padanya. Terkenang waktu mereka bersama. Pahit manis diharungi tanpa rasa gentar. Selepas Irfan bertemu dengan Dayu, segalanya berubah dengan sekelip mata. Dahulunya Irfan seorang yang egois, pentingkan nafsu daripada segalanya. Terkenang saat-saat indah bersama.
“Awak nak tau smthng tak Irfan?” tanya Dayu pada Irfan. “Ermm,apa dia?” balas Irfan terpinga-pinga. “Owg da mula sayangkan awk” jawab Dayu tanpa rasa ragu-ragu. Irfan terkedu mendengar luahan hati gadis yang selama ini selalu bersamanya. Irfan hanya mampu tersenyum menyembunyikan isi hatinya.
Irfan tidak dapat menahan sebak didada. Dia menangis sehendak-hendaknya. Baginya kenangan bersama Dayu tidak mungkin dilupakan. Setiap detik bersamanya tersimpul satu perasaan yang tidak mungkin dapat dielak oleh setiap manusia iaitu perasaan sayang. 
‘’Nangis lah Irfan, nangis lah sepuas-puasnya”terngiyang-ngiyang suara arwah Zarul,rakan karibnya. Dahulunya mereka bertiga. Setelah pemergian arwah, tinggalah Nizam bersamanya meneruskan cita-cita.
”Sesungguhnya kesedihan amat perit untuk ditelan,namun kita sebagai manusia kene kuat teruskan hidup Fan” nasihat arwah pada Irfan. Arwah berfikiran lebih matang berbanding Nizam yang sedikit dingin perwatakannya. Sebelum pemergian arwah, dia berpesan agar tidak tunduk pada cinta yang fana. Cintailah yang maha Pencipta kerana cinta itulah cinta yang kekal abadi. 
Air mata yang berderai sudah hampir kering dicurahkan. Bagi seorang manusia,perasaan sedih adalah satu perasaan yang sukar untuk dirasai. Irfan bertekad untuk menemui Dayu esok hari untuk meminta kepastian.
Pagi yang hening amat indah jika dimulakan dengan senyuman. Irfan mulakan solat Subuh dan seperti biasa dia akan menghantar Nizam ke tempat kerjanya.
“Morning dreamer!!” gurau Nizam menceriakan keadaan.”Lincah la,t lambat lu bising plak”tegas Irfan.
Irfan berdiam diri semasa memboncengkan Nizam. Biasanya dia akan berbual-bual. Tapi hari ini Irfan memilih jalan dingin.
“Thanks der!”ucap Nizam pada Irfan. Irfan hanya sekadar membalas senyuman. Sebelum beredar Nizam menyentuh bahu Irfan.
“Der, jangan sebab perempuan lu nak down der,ingt tu der…” nasihat Nizam pada Irfan. “Dah2,g masok kerja..t bos kau belasah kau baru tau”. Nizam pon mulakan langkah ke tempat kerjanya dengan satu keluhan. Nizam hanya bekerja sebagai cleaner. Cukup sekadar untuk membiayai dirinya sendiri.
“Apa yang aku dah lakukan ini?” satu persoalan timbul setelah Nizam beredar. Tiba-tiba timbul rasa bersalah dalm diri. Namun baginya hari ini adalah hari untuk dia merungkai segalanya. Dia bercadang untuk pergi ke rumah Dayu dan menunggunya pulang kerja. Setibanya di rumah Dayu dia menunggu sambil mendengar lagu dari telefon tangannya. Lagu ‘Istimewa’ yang dinyanyikan oleh kumpulan Indigo dipilihnya.








Walau kukembara sedunia…..
Walau ketemu ramai wanita…
Nyata kau tiada tandingannya…
Seikhlas hati aku menyinta…
Kau teristimewa..


Irfan mengamati bait-bait lagu yang pernah dikirimkan Dayu melalui Voice SMS sewaktu dia berada di asram dahulu. Lagu yang membuktikan bahawa Dayu akan setia walau di mana dia berada. Tapi semuanya palsu belaka, janji insan yang pandai berkata-kata. 
Setelah sejam menunggu, kelihatan sebuah teksi berhenti di hadapan rumah Dayu. Seperti yang ditunggu,Day upon keluar dari teksi itu.
“Dayu,tunggu jap!”jerit Irfan.
“Assalamualaikum Fan, owg mintak maaf pasal wat Fan macam ni” jawab Dayu menggelabah.
“Huuu…” Irfan tak mampu berkata-kata,air matanya tumpah ke pipinya.
“Ayu, napa Ayu wat Fan macam ni? Apa salah Fan kat Ayu sampai Ayu sanggup duakan Fan?” terkesima Dayu mendengar soalan yang muncul dari mulut Irfan.
“Ermm..” kelu lidah Dayu untuk berkata-kata. Rahsia yang selama ini dia simpan akhirnya terbongkar oleh Irfan sendiri. Dia cuba mencari jawapan untuk mengelak.
“Fan tau mana ni, Ayu duakan Fan ngan sapa plak?...isk, sapa plak wat story ni” bohong Ayu.
“MasyaAllah, cukuplah la Ayu..Fan bukan buta teknologi..apa yang Ayu komen kat Facebook Fazli tu..please Ayu, terus terang lah..Fan nak kepastian..” agak tinggi nada suara Irfan sehingga mengejutkan Dayu.


“Irfan, Ayu mintak maaf…Ayu bohong Fan sebab Ayu tak nak kecewakan Fan..Sebenarnya dah 4 bulan Ayu bercinta ngan Fazli..Ayu mintak maaf sangat-sangat” Dayu berkata dengan nada penuh rasa bersalah.
“4 bulan Ayu bohong Fan??..selama ni Fan ingat Ayu kawan ja ngan Fazli tu..Fan tak pernah halang Ayu kawan dengan sesiapa pon, tapi napa Ayu salah guna kepercayaan Fan” luah Irfan yang hanya mampu melinangkan air mata.
“Sudah la Ayu, Ayu piker la elok-elok..apa makna Fan dalam hidup Ayu selama ni..Assalamualaikum” Irfan terus beredar tanpa menoleh kebelakang lagi.


Fazli Zainal, jejaka tempat kerja Dayu yang Irfan lihat gambarnya dari laman Facebook Dayu. Irfan terima apabila Naim perkenalkan Fazli sebagai rakan sekerjanya. Irfan tidak menyangka jejaka yang dia geruni selama ini benar-benar merampas cintanya. Irfan sedar kekurangan dirinya. Irfan hanya jejaka kampong biasa, berkulit sawo matang dan berpewatakan sederhana. Berbeza dirinya dengan Fazli yang jauh lebih hebat darinya. Jejaka yang sentiasa kemas bertie dan punyai masa depan yang cerah.


Irfan sudah sedaya upaya berubah demi Dayu. Sedikit demi sedikit. Tapi Dayu tidak pernah sedar akan perubahan diri Irfan. Namun,menyedari kekurangan diri, Irfan hanya mampu berdiam diri.


“ALLAHUAKHBAR, ALLAHUAKHBAR” azan zohor berkumandang. Dia tersentak dari lamunan ketika menunggang motosiakalnya. Dia terus membelok kea rah masjid yang datangnya laungan azan itu.
Irfan masih ingat pesanan arwah Zarul, jangan meninggalkan solat. Irfan tau tempat paling baik untuk mengadu adalah yang maha Esa. Solat dapat menenangkan hati.
Selesai mngerjakan solat Irfan berdoa memohon diberikan kekuatan untuk dia hadapi segal yang terjadi padanya. Irfan termenung memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik buat dirinya da n orang lain.










“Mungkin aku boleh berbincang dengan Fazli” terdetik di dalam hati Irfan.
Irfan menghantar SMS kepada Fazli.
Salam Li..kawan Irfan..kawan rase Li kenal sape kawan…maaf la kalau kawan ganggu Li..I think we nid to talk
SMS Irfan dibalas.
Waalaikumsalam Fan, kawan kenal Fan..kawan baru abes keje ni..kawan mintak maaf atas apa yang berlaku..mmg salam kawan n Dayu..tapi kawan terlalu sygkn Dayu n xnk berpisah..kawan da bgtau Dayu yang kawan xkn lpskn dia..dia cinta pertama kawan…
Irfan terkesima dengan balasan SMS itu.
Li,kawan harap Li paham situasi Dayu sekarang..die dgn kawan da hamir setaon bersama..xkan Li sanggup wat kawan cam ni?
Bertakung air mata Irfan.
Kawan phm Fan..tp kawan da syg kat Dayu sangat-sangat..biarlah Dayu sndiri wat keputusan..kawan harap kite boleh terima keputusan Dayu nanti…
Irfan membalas dengan tenang
Terima kasih Li ats segala2nya..kwan harap kawan dapat trima keputusan Dayu nanti..salam…




Selama dua hari Irfan mendiamkan diri. Irfan memberikan masa yang cukup untuk Dayu membuat keputusan. Selama itu juga Irfan banyak berfikir dan berdoa kepada Allah. Irfan sendiri mengumpul segala kekuatan dalam dirinya.


SMS yang dihantar oleh NIzam dibaca
Der, npa jd cam ni? Tak payah la srabut2 dok piker psl bnde ni..wa ade n membe2 len ade der..slalu support lu..ingt pesan arwah..smua kite da dijanjikan takdir masing2..mgkin ade hikmah disebalik apa yg berlaku..sabor der..wa tau lu kuat…


Irfan berulang-ulang kali membaca mesej itu. Seperti ada satu semangat dating ke dalam dirinya. Kata-kata kawan karibnya itu ada benarnya. Dia masih ada msih ada tanggungjawab yang lagi besar kepada Maha Esa dan keluarganya. Dia sendiri telah berjanji akan sanggup melepaskan kasih sayang Dayu jika hadir wanita lebih baik daripada dirinya




Selepas solat Isyak, Irfan terus rebahkan diri di ruang tamu rumah sewanya kerana badabnya terlalu lemah. Sudah tiga hari tidur dan makan Irfan tidak teratur. 


“Ya Allah, da pukul 11.45 da” pandang Irfan ke jam dinding setelah terjaga dari tidur.
Irfan melihat telefon tangan disebelahnya. Tertara 1 mesej di skrin. Irfan membuka SMS yang dihantar Dayu itu.
Salam sayang..Ayu mintak maaf sgt2 Fan..Ayu syg sgt2 kat Fan..Ayu xsngka akn jd mcm ni..Ayu sedar slh Ayu menduakan cinta Fan..Ayu terpaksa wat kptsan..Ayu pilih FAZLI ZAINAL…Ayu hrp Fan trima kptsan Ayu nie..maafkan Ayu…


Irfan hanya tersenyum nipis. Setitik air mata pun tidak gugur. Irfan sudah dapat menjangka keputusan yang dibuat oleh Dayu. Dia sendiri sudah bersedia untuk menerima segala yang akan bakal terjadi. Dia sedar tidak guna menitiskan air mata kerana orang yang tidak menghargainya. Dia masih ada Allah, ibu bapa, keluarga , dan kawan yang masih menyayanginya.
Irfan menghantar SMS kepada Fazli
Salam Li..tahniah..Dayu pilih Li..kawan doakan Li bahagia dengan Dayu..kawan nk mnx kebenaran tok call Dayu kejap..trima kasih…Salam
SMS Irfan dibalas
Kawan mnx maaf Fan..Datu da wat kptsan..ok..Fan call la die…


Irfan terus mendail untuk bercakap dengan Dayu
“Salam Ayu, maaf ya mengganggu..Ayu watpa tu? Fan Cuma nak mintak maaf kalau ada salah Fan selama kita kenal..halalkan apa yang Ayu bagi kat Fan..trima kasih kerana selama ni Ayu ade tok Fan. Trima kasih kerana pernah sayang Fan..Terima kasih sebab bnyk mngajar Fan erti idop yg sebenar. Terima kasih kerana bnyk mengubah idop Fan. Ayu tak payah la risau pasal Fan lagi. Fan pandai la bawk diri Fan. Fan akan teruskan hidup Fan ni..” kata Fan dengan perasaan yang bercampur baur.
Dayu seperti kelu untuk berkata-kata.”Waalaikumsalam Fan, Ayu mintak maaf sebab kecewakan Fan..Ayu terpaksa buat pilihan..maafkan Ayu ya..”


“Tak pa Ayu mungkin tak dak jodoh kita…Fan doakan Ayu dan Fazli bahagia..Assalamualaikum…” kata-kata terakhir Fan untuk Ayu pada 26 Julai 1991.Hari genap setaon mereka menjalin cinta dan akhirnya musnah…..


Ingatlah kawan-kawan…
Biarkan cinta itu pergi….
Cinta yang sejati akan kembali….
Kerana Allah telah menjanjikan jodoh hati….
Yang akhirnya akan terpateri….
Walau apapun ingatkan dalam hati….
Cinta agung hanya dari ILAHI..
Yang akan kekal abadi…..








TAMAT

No comments:

Post a Comment