Saturday, March 26, 2011

Steady=ME :D

Hujung minggu ni gua decide nak lepak kat rumah sewa. Bebudak kat rumah tu dah sibok tanye bila nak datang. Entah ape istimewanye gua ni gua pon xtau la. Jumaat malam after test gua teros follow budak rumah gua. Diorang boleh pulak dok meleceh nak makan kat blok i. Tapi gua steady. Gua dah tak kesah diorang bikin gua punye ati panas sesuka hati diorang. Bak kate pepatah Alah bisa tegal biasa. Cewah..

Lepas makan gua sama bebudak ni teros balik rumah. Lame jugak gua tak mengunjung rumah ni. Dah lain skit. Lain kedudukan motor gua. Gua suspek bebudak ni guna motor gua time gua berhijrah. Takpa. Gua xkesah. Asal motor gua serupa motor lagi ok la. Jgn sampai gua pon x kenal motor gua sudah la. Gua masok rumah gua teros capai remote tb. Gua tekan channel tv3. Cerita Narnia. Layan gak cite ni. Gua punya la kempunan x dpat tgk tb jumpa tb dah macam jumpe emas. haha. Malam ni gua set tilam kat ruang tamu. Gua tak nak jadi tetamu derhaka. Gua beralah. Lagi pon gua dah biasa jadi pelarian ni.

Tak lame lepas cite Narnia ni abes, gua ditinggalkan sorang2 kat ruang tamu ni. Owner rumah ade bilik masing2. Gua ni just menumpang je. Bile sorang2 ni la paling bahaye. Banyak bende yang suka sgt datang menganggu time2 camni. Antaranye: 
  • Teringat kat masalah-masalah yang tak selesai-selesai lagi.
  • Mestilah lapar. Macam-macam terbayang time-time ni especially masakan mak.
  • Terasa memerlukan seorang teman. erkk..
  • Teringat kat orang yang tersayang. Lagi-lagi time berjaohan ni. Lagi lah tak senang tido.
Tapi skali lagi gua mention k, gua tetap steady. haha, Gua guling kiri, gua guling kanan. Tetap jugak sama. Kesteadyan gua dah makin tergugat. Gua try fikir something yang indah. Tibe-tibe gua teringat kat paper MGT yang gua tak dapat jawab tadi. Indahnye!

Satu persatu wajah-wajah penting membelai malam gua ni. Mesti diorang rindu gua sebab tu diorang lintas kat depan gua. erkk.. perasan ka gua ni? Takpa la. Gua tak heran. Yang penting gua nak diorang tau gua dah try untuk ada bersama diorang. Kalau boleh everytime. Tapi, gua terpaksa akur dengan halangan-halangan yang memisahkan gua dengan diorang. Sungguh dramatis di situ. Entah la. Kadang-kadang gua rase hampa, kecewa, dan segala sifat mazmumah menghantui jiwa gua ni. Tapi, buat kali terakhir gua mention. Gua tetap steady.. HAK HAK HAK..

No comments:

Post a Comment