Friday, March 4, 2011

tragedi 4 februari

Gua rase hari ini hari 'sun' gua. Sampai depan pintu kelas gua start perasan yang gua orang pertama sampai. Gua teros amik port blkg. Ala ala brader la org cakap. Actually, gua sebenarnya repeat subjek linear algebra ni. Gua bangga jadi student repeater. haha. Bagi student repeater mcm gua ni tak bagos duduk depan ni. Niat gua bukan ape just nak bagi la first timer ni duduk depan supaye diorg tak lah menyesal klau senasib macam gua ni. Selang 3 minit mmbe seangkat repeat gua pon sampai. Masok2 die teros parking dok sebelah meja gua.


"Awal kau sampai. Mimpi test A ke ape?" 
  Celaka.
Gua tenung lama mata membe gua.
"Semalam gua jumpa puan. Puan nak buat kuis rini."


"o0whhh." balas membe gua. 


5 minit kemudian penuh la kelas. Bagosnye pasal dak2 kelas ni pasal diorg ni tak suka ponteng. Paling bangsat pon datang lambat. Orang cakap budak type-type ni la yang akan jadi follower aku. Betol ka? 


Kelas di mulakan dengan doa penerang hati yang biasanya dibaca oleh ketua kelas. After that, kelas pon bermula.


"Ok, hari ni saya nak buat kuis chapter 4. Keluarkan sehelai kertas, salin soalan kat depan ni dan jawab. Tamat kelas sila hantar."  terang lecturer gua.


Gua senyum nipis. Membe gua dah dok tersipu-sipu kat sebelah gua. Gua tau la ape mamat ni nak. Tak mintak jawapan mesti nak pinjam pen. Cis.. tak pernah nak 'update'. 


Sesi menjawab pon bermula. Masing-masing dah macam nak jawab final paper dah. Senyap sunyi satu kelas. Yang dengar hanye bunyi kipas berpusing sama bunyi aircond. Sikit punya slow  bunyi aircond ni. Dah berapa lama tak servis ni.  Gua macam biasa la. Slow slow gua tenung soalan ni ala ala cool gitu gua cuba perah abes mungkin kali ni. Maklumlah dah prepare. Padahal kuis je kot. Pedulik lah!


"Psitt." 


Tibe tibe telinga gua dengar satu yang agak biasa didengar. Gua dah agak mesti bunyi ni dtg dari mmbe gua.


"Mende?" balas gua dengan kepala mendongak skit.


"Payong lah sikit. Gua zero ni." jelas membe gua.


Gua dengan hati mulia jawab.

"Abis kelas nanti gua bagi jawapan. Ok?" bila masa aku ni skema jawapan bisik hati gua.


Membe gua tertunduk hampa. Dia dah tau nasib dia macam biasa la. Survive sendiri la jawabnya. Gua teros sambung jawab soalan. All out lah orang cakap.


*********


"Ok, masa dah tamat. Hantar ke depan jawapan kamu."


Zup! gua abiskan congakkan gua. Gua bajet bajet ok la ape yang gua jawab ni. Gua tak aspect  pon betol semua. Masing masing hantar kertas dengan pelbagai keadaan. Bagi membe gua seperti biasa lah dia copy jawapan gua. Tapi yang cerdik pasal mamat ni dia copy bukan sorang saja. Die pi amek lain lain orang punya jawapan kasi x sama. Nampak macam buat sendiri. Brengset.. Gua doakan la lu lepas subjek ni sem ni, Amin..


tiba tiba lecterur gua berbunyi..
"HUrmm ok, saya dah tengok jawapan kamu semua. Semua ok. Masing masing dapat jawab dengan baik." 


Masing masing dalam kelas menzahirkan muka lega. Paling steady mmbe aku la. Kalau lah kau ni musuh aku dah lame aku ong bak kepala kau. huh..


"Tapi berdasarkan sinopsis saya, saya rase sorang je yang saya perasan dapat full mark." sambung lecturer gua.


"Sape puan? sape puan? " hampir serentak satu kelas bertanya.


Gua dah ready nak melompat ni. Gua bajet bajet nama gua yang akan ke udara.


"***** bin *****. Ok, class dismiss." lecturer gua menamatkan kelas.


Gua tak silap tu nama membe gua. Tiba tiba mata gua berkaca. Tersemat satu dendam dalam hati gua. Gua toleh membe gua dengan seribu kerutan di muka. Membe gua senyum sinis. Tambah menyakitkan hati bila dia meriak riakkan diri. Gua datang kat die gua cakap tahniah gua teros keluar kelas.


p/s: gua rase gua nak tiru jelah time kuis nanti. grrr...



No comments:

Post a Comment